Followers

Monday, November 2, 2015

Pakatan Harapan tidak hirau pendirian Hadi, tetap tidak sokong Bajet OLEH MD IZWAN

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Pakatan Harapan tetap akan meneruskan langkah menolak Bajet 2016 yang dibentang Datuk Seri Najib Razak pada 23 Oktober. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 November, 2015.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Pakatan Harapan tetap akan meneruskan langkah menolak Bajet 2016 yang dibentang Datuk Seri Najib Razak pada 23 Oktober.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Pakatan Harapan tetap akan meneruskan langkah menolak Bajet 2016 yang dibentang Datuk Seri Najib Razak pada 23 Oktober.

Pakatan Harapan tetap tidak akan menyokong Bajet 2016 dan enggan menghiraukan pendirian PAS yang tidak akan menyokong usul menolak bajet itu, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau menghormati pendirian dibuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, namun gabungan baharu pembangkang itu tetap akan meneruskan langkah menolak bajet yang dibentang Datuk Seri Najib Razak pada 23 Oktober lalu.

“Itu pendirian PAS. Tetapi, setengah daripada mereka, secara senyap-senyap kata lain,” kata Dr Wan Azizah mengulas kenyataan Hadi.

Hadi semalam dipetik berkata, PAS akan mengambil tindakan berkecuali dan ahli Parlimennya sebulat suara tidak akan menyokong usul menolak Bajet 2016 kerana dasar parti Islam itu ialah menyokong perkara positif untuk rakyat.

Beliau juga berkata, pendirian tersebut akan menjadi penghalang utama untuk Pakatan Harapan berjaya dalam undi blok ahli Dewan ke atas bajet yang dibentangkan Najib.

“Pendirian bercanggah akan susahkan undi blok. Itu memang kita hadapi daripada dahulu lagi. Kalau kita bergantung kepada blok pembangkang memang kita tidak cukup angka,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen PAS Nik Mohd Abduh Nik Aziz berkata walaupun mereka tidak menyokong penuh pembentangan bajet, tidak dinafikan terdapat juga bahagian dalam bajet yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. – 2 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.