Followers

Monday, November 2, 2015

Bersih 2.0 mahu jumpa Pandikar bincang undi tidak percaya OLEH MD IZWAN



Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya berhasrat bertemu speaker Dewan Rakyat bagi berbincang mengenai usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya berhasrat bertemu speaker Dewan Rakyat bagi berbincang mengenai usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Kumpulan pembaharuan pilihan raya (Bersih 2.0) berhasrat menemui Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi menggesa beliau membenarkan usul undi tidak percaya ke atas perdana menteri dibahas dan pengundian dijalankan.

Bersih hari ini menghantar surat kepada speaker di Parlimen dan memohon satu perjumpaan dengan beliau, susulan kenyataan Pandikar yang mengatakan usul tersebut hanya akan dibincang pada sidang Dewan tahun depan.

"Kami berada di sini untuk menghantar surat kepada Pandikar untuk bertemu beliau dan berbincang mengenai undi tidak percaya ke atas Datuk Seri Najib Razak.

"Kami mahu pujuk beliau supaya usul ini diluluskan dan untuk ahli Parlimen mengundinya," kata Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah di lobi Parlimen selepas mereka menghantar poskad dan surat atas talian kepada wakil rakyat pembangkang pagi ini.

Awal bulan lepas, kumpulan tersebut melancarkan kempen atas talian bagi mendesak orang awam menyertai dan menyampaikan mesej hilang kepercayaan ke atas kerajaan sedia ada.

Setakat ini, Bersih 2.0 mengumpulkan 31,000 poskad dan surat atas talian daripada 211 kawasan Parlimen dan sebahagiannya sudah diserah kepada ahli Parlimen hari ini.

Terdapat juga poskad dan usul yang dikutip daripada kawasan Parlimen Najib di Pekan.

Maria berkata, kempen terseut akan diteruskan sehingga usul undi tidak percaya itu dijalankan.

"Kami mahu ahli Parlimen menyokong undi tidak percaya kerana kami mahu jawapan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun perdana menteri," katanya.

Najib ketika ini berdepan dengan kritikan susulan skandal kewangan membabitkan syarikat sarat hutang itu dan isu wang derma RM2.6 bilion sebelum pilihan raya umum ke-13 lalu. – 2 November, 2015.



- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.