Followers

Saturday, November 14, 2015

NOW dakwa YaPEIM bayar RM590,000 untuk program di AS Adam Abu Bakar


jamil-khir

Jumlah perbelanjaan itu lebih tinggi berbanding dakwaan sebelum ini sebanyak RM410,978.56.


KUALA LUMPUR: National Oversight and Whistleblowers (NOW) mendakwa jumlah perbelanjaan rombongan ke Amerika Syarikat bagi menyertai simposium yang turut dihadiri seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri lebih tinggi berbanding anggaran awal yang dibuat sebelum ini.

Pengarah NOW, Akmal Nasir mendakwa, jumlah keseluruhan perbelanjaan rombongan itu berjumlah RM590,000 jauh lebih tinggi berbanding anggaran awal RM410, 978.56.

Katanya, kesemua perbelanjaan bagi menghadiri ‘Program Kembara Santun 2014, Simposium Perdana: Perkhawinan, Kekeluargaan, Pengurusan dan Isu-isu semasa Negara’ ditanggung oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Dia mendakwa, menteri berkenaan hanya hadir untuk menyempurnakan majlis penutupan sahaja
Mengulas lanjut, Akmal menyatakan perbezaan fakta antara kertas kelulusan YaPEIM dan invois sebelum ini dengan kenyataan menteri berkenaan lebih banyak menimbulkan persoalan.

“Menurut justifikasi menteri berkenaan bahawa permainan golf yang beliau sertai adalah dikelolakan secara bersama dengan pihak kedutaan Malaysia di Washington DC.

“Tetapi, merujuk kepada bukti invois yang saya kemukakan sebelum ini, sebanyak RM36,525.90 wang YaPEIM telah dipindahkan ke akaun kedutaan Malaysia di Washington DC,” katanya.

Akmal turut mempersoalkan mengapakah menteri berkenaan tidak memberi penjelasan mengenai rombongan beliau menggunakan wang YaPEIM untuk p ke Leesburg Corner Premium Outlet iaitu pusat membeli-belah upscale outlet barangan berjenama selama empat hari.

“Apakah rasional penganjuran simposium perkahwinan dan kekeluargaan yang menelan kos melebihi setengah juta ringgit dengan menggunakan wang YaPEIM sedangkan hanya melibatkan 100 peserta?.

” Adakah munasabah kos purata bagi seorang peserta sebanyak RM5,900 seorang,” soalnya lagi.

Salinan invois yang diedarkan kepada media menunjukkan perbelanjaan untuk pengangkutan dan perjalanan rombongan berkenaan paling tinggi iaitu RM351,000.

Sementara itu, pengguna media sosial berkongsi invois yang menunjukkan kos tiket kapal terbang untuk menteri berkenaan dan isteri melebihi RM137,000 seorang.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.