Followers

Monday, November 30, 2015

Kerusi Sarawak: PKR Hantar Surat Kepada DAP/Amanah. PAS Tiada Lagi.


Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian berkata pihaknya mahu memastikan pertempungan satu lawan satu di kalangan parti pembangkang pada pilihan raya negeri akan datang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 29 November, 2015.
Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian berkata pihaknya mahu memastikan pertempungan satu lawan satu di kalangan parti pembangkang pada pilihan raya negeri akan datang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 29 November, 2015. 


PKR sudah menghantar surat kepada sekutunya DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk rundingan kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak akan datang, kata Baru Bian.
 
Pengerusi PKR Sarawak itu berkata, ia merupakan langkah positif bagi memastikan kemenangan menentang Barisan Nasional (BN).
 
"Kami sudah pun menulis surat kepada DAP dan Amanah, bertanyakan bila masa yang sesuai kita adakan rundingan bagi pengagihan kerusi.
 
"Ini merupakan perkembangan yang positif. Kita akan memastikan tiada pertembungan dan satu lawan satu," katanya ketika berucap di Kongres Nasional Tahunan PKR ke 11 di Shah Alam, Selangor hari ini.
 
Semalam, Nurul Izzah Anwar berkata ahli baharu PKR Datuk Saifuddin Abdullah diberi tugas menyelesaikan perebutan kerusi di antara parti pembangkang bagi pilihan raya Sarawak.
 
Naib presiden PKR itu berkata, langkah itu bagi memastikan satu lawan satu di antara pembangkang dan BN Sarawak dalam pilihan raya yang dijangkakan tahun depan.
 
Pengumuman itu dilakukan selepas terdapat laporan pergeseran di antara PKR dan DAP di Sarawak tentang siapa yang harus bertanding di 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu. – 29 November, 2015.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.