Anak-anak muda Melayu yang berniaga vape terpaksa
menanggung kerugian ekoran peraturan baharu dari Kementerian Kesihatan
supaya vape dijual di farmasi
PETALING JAYA: Peraturan baharu yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan supaya vape dijual di farmasi diakui telah memberi kesan kepada anak-anak muda Melayu, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Katanya, kesan yang terpaksa ditanggung adalah peniaga-peniga vape terpaksa menutup perniagaan mereka dan menanggung kerugian.
Ismail berkata demikian mengulas lanjut mengenai keputusan dibuat Kementerian Kesihatan yang mewajibkan Cecair Elektronik (e-liquid) yang mengandungi nikotin hanya boleh dijual oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar dan perlu diperlu direkodkan.
“Di farmasi bermakna peniaga-peniaga vape tidak lagi boleh berniaga vape sebab farmasi dimiliki syarikat-syarikat besar termasuk syarikat luar negara.
“Tindakan ini tentu sahaja akan membunuh perniagaan vape yg kebanyakan dimiliki oleh anak-anak muda Melayu,” kata Ismail di Facebooknya pada Selasa.
Sehubungan itu, Ismail berharap Kementerian Kesihatan dapat mengkaji semula cadangan baru itu dengan mengambil kira dari segi kerugian yang bakal dialami oleh peniaga-peniaga vape.
“Saya berharap Kementerian Kesihatan dapat duduk berbincang dengan peniaga-peniaga vape bagi mencari kaedah penyelesaian win-win (menang-menang) situation (situasi) dan dalam masa yang sama menyegerakan memperkenalkan peraturan-peraturan yang lebih jelas kepada semua komuniti samada kepada pengguna, penjual dan pengusaha perisa,” jelasnya.
Sementara itu, Setiausaha Dewan Perniagaan Vape Malaysia, Ridhwan Rosli turut tidak bersetuju dengan peraturan baharu yang dibuat terhadap penjualan vape.
Katanya, kerajaan melalui jawatankuasa khas perlu mengkaji balik peraturan baharu itu.
“Saya berharap melalui perbincangan dalam mesyuarat jawatankuasa khas nanti akan memberi sinar terhadap peniaga vape untuk meneruskan perniagaan mereka.
“Ini kerana jika dihalang sudah tentu memberi kesan kepada anak-anak muda yang ingin menjadikan penjualan vape sebagai kerjaya mereka,” kata ketika dihubungi FMT.
FMT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.