Followers

Sunday, November 1, 2015

Jika PAS Nak Pertahan 8 Kerusi, Tapi Jangan Halang Parti Lain Bertanding


PAS Selangor pertahan kerusi DUN pada PRU akan datang

PAS Selangor hari ini mempertikaikan hasrat DAP yang mahu bertanding di 8 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disandang parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Pemimpin PAS Selangor memutuskan untuk mempertahankan semua 8 kerusi tersebut pada PRU akan datang kerana melihat tindakan DAP itu lebih kepada usaha bersama sekutunya iaitu Parti Amanah Negara (Amanah), yang merupakan parti serpihan PAS.


Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata PAS sedia maklum DAP mahu merebut kerusi parti itu, namun pihaknya berpendirian untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

"Sebelum ini kita dengar ada ura-ura mereka akan masuk kawasan PAS...kita akan terus bertanding di situ dan akan pertahankan kerusi kita," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri di Shah Alam.

Sementara itu, setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata PAS negeri tidak akan berundur dan memberi laluan kepada DAP dalam PRU itu.

"Apa rasionalnya DAP nak bertanding di kerusi yang dalamnya 70% pengundi Melayu? Ini bukti suara DAP adalah suara parti Amanah kerana kedua-dua parti ini berminat untuk bertanding di kerusi yang dimenangi PAS," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dilaporkan sebagai berkata parti itu mungkin akan bertanding di 8 kerusi PAS dalam PRU akan datang dan sudah bersedia ke arah itu.

Kerusi itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua, Tanjung Sepat dan Paya Jaras.

Bagaimanapun, Pua berkata keputusan itu akan diputuskan selepas perbincangan dibuat bersama Pakatan Harapan Selangor yang melibatkan DAP, PKR dan Amanah. – Bernama

ULASAN GB

PAS nak pertahankan 8 kerusi yang dimenanginya pada PRU yang lalu adalah langkah yang dialu-alukan tetapi PAS tidak berhak untuk menghalang mana-mana parti lain untuk bertanding di kelapan-lapan kerusi berkenaan.

Seperti yang GB utarakan seleum ini, PAS tidak boleh menganggap kerusi yang mereka tandingi semasa Pakatan Rakyat terbentuk pada tahun 2013 sebagai milik mereka sampai kiamat. Tiada sebarang peruntukan undang-undang atau nas-nas yang menyebut demikian.

GB juga sudah ulas sebelum ini bahawa kemenangan PAS di Selangor di dalam PRU13 dulu khususnya, adalah disokong oleh bukan-Melayu. Dan apabila PAS mengambil sikap bermusuh dengan DAP, PAS sebenarnya menempah telah kekalahan lebih awal. Cuba perhatikan:

DUN PAS menang di Selangor.
mm=majoriti menang. %c= % cina

N17 Gombak Setia. mm 4.2%. %c 11.73%
N18 Hulu Kelang. mm 7.2%. %c 14.32%
N2 Sabak. mm2.1%.. %c 12.23%
N20 Lembah Jaya. mm 20.7%.. %c 31.86%.
N21 Chempaka. mm25.9%. %c 38.17%.
N23 Dusun Tua. mm10%. %c 37.72%.
N26 Bangi. mm25.2%. %c 18.96.
N29 Seri Serdang. mm25.4%. %c 31.6%
N38 Paya Jaras. mm14.3%. %c 27.3%
N42 Meru. mm25.6%. %c 27.5%
N45 Selat Kelang. mm8.7%. %c 26.0%
N51 Sijangkang. mm10.8%. %c 15.2%.
N53 Morib. mm2.6%. %c 22.7%
N54 Tanjung Sepat. mm3.4%. %c 28%.


Jika dilihat peratusan di atas, hampir kesemua kerusi (kecuali Bangi) majoriti kemenangan PAS adalah lebih kecil dari jumlah pengundi kaum Cina. Ini bererti jika tanpa "undi" kaum Cina, PAS bungkus di kesemua kerusi berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.