Followers

Saturday, November 28, 2015

Dr Mahathir dijemput ke perhimpunan agung Umno, kata Zahid

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Tun Dr Mahathir Mohamad menerima jemputan ke perhimpunan agung Umno kerana parti masih menghormati beliau sebagai bekas presiden Umno. –

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Tun Dr Mahathir Mohamad menerima jemputan ke perhimpunan agung Umno kerana parti masih menghormati beliau sebagai bekas presiden Umno.

Umno menjemput Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri majlis pembukaan perhimpunan agung tahunannya walaupun bekas perdana menteri itu mendakwa parti itu cuba menutup mulutnya.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,kepada The Star dalam satu wawancara, beliau berharap Dr Mahathir akan menghadiri majlis itu kerana ahli parti masih menghormati beliau sebagai bekas presiden.

"Saya amat yakin surat jemputan akan keluar tidak lama lagi tetapi sama ada beliau menerimanya atau tidak, terpulang kepada beliau untuk memutuskannya.

"Majoriti ahli Umno masih menghargai beliau tetapi ada garis antara menghormati dan menerima pendapatnya. Ia dua perkara berbeza," kata Zahid sebagaimana dilaporkan akhbar itu.

Pada Isnin, perdana menteri paling lama berkhidmat itu menulis dalam blognya terdapat usaha menutup mulut dan menghalang beliau daripada bertemu ahli-ahli Umno dan orang ramai.

Dr Mahathir berkata, tiada tempat untuknya berucap kerana kebanyakan pemilik bimbang dihukum kerajaan.

Beliau juga disoal siasat polis pada 6 November, dipercayai berhubung kritikan beliau terhadap Najib semasa perhimpunan Bersih 4 pada Ogos.

Zahid berpendapat serangan Dr Mahathir terhadap Najib disebabkan "personalitinya yang tegas", The Star melaporkan.

Katanya, beliau mengadakan kunjungan hormat kepada Dr Mahathir 3 bulan lalu, selepas menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri.

"Saya menelefon beliau 2 kali sebelum itu mengenai perkara-perkara lain tetapi ia adalah kunjungan hormat bagi menunjukkan rasa hormat saya dan mendapatkan panduan serta nasihat.

"Beliau amat jujur dan saya mahu menghormati perbezaan pendapat. Saya rasa beliau menghargai lawatan saya," Zahid dipetik sebagai berkata.


Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Tun Dr Mahathir Mohamad menerima jemputan ke perhimpunan agung Umno kerana parti masih menghormati beliau sebagai bekas presiden Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 November, 2015.

Zahid berkata, anak Dr Mahathir, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga "agak kritikal" dalam ucapannya semasa lawatan naib presiden parti ke negeri itu.

"Beliau mempunyai hak mengatakannya sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

"Itu adalah gayanya bercakap dan saya mengambilnya secara positif," kata Zahid, yang menjelajah negara untuk bertemu pemimpin Umno negeri dan akar umbi parti.

Katanya, kedatangan beliau sangat dialu-alukan dan menganggapnya sebagai tanda mereka menyokong parti dan kepimpinan.

Zahid berkata, beliau menjangkakan kesopanan pada perhimpunan agung kelak, yang akan berlangsung dari 8-12 Disember kerana para perwakilan tahu peraturannya.

Tambahnya, ia terpulang kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno membuat keputusan sama ada Muhyiddin, yang lantang dalam kritikannya terhadap Najib, menyampaikan ucapan penutup seperti biasa.

Pada Selasa, MT memutuskan Muhyiddin tidak akan merasmikan perhimpunan 3 sayap parti, satu langkah yang mendorong timbalan presiden itu mengisytiharkan beliau tidak akan berdiam diri. – 28 November, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-mahathi.

Dr Mahathir dijemput ke perhimpunan agung Umno, kata Zahid

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Tun Dr Mahathir Mohamad menerima jemputan ke perhimpunan agung Umno kerana parti masih menghormati beliau sebagai bekas presiden Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 November, 2015. Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Tun Dr Mahathir Mohamad menerima jemputan ke perhimpunan agung Umno kerana parti masih menghormati beliau sebagai bekas presiden Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 November, 2015.
Umno menjemput Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri majlis pembukaan perhimpunan agung tahunannya walaupun bekas perdana menteri itu mendakwa parti itu cuba menutup mulutnya. Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,kepada The Star dalam satu wawancara, beliau berharap Dr Mahathir akan menghadiri majlis itu kerana ahli parti masih menghormati beliau sebagai bekas presiden.
"Saya amat yakin surat jemputan akan keluar tidak lama lagi tetapi sama ada beliau menerimanya atau tidak, terpulang kepada beliau untuk memutuskannya.

"Majoriti ahli Umno masih menghargai beliau tetapi ada garis antara menghormati dan menerima pendapatnya. Ia dua perkara berbeza," kata Zahid sebagaimana dilaporkan akhbar itu. Pada Isnin, perdana menteri paling lama berkhidmat itu menulis dalam blognya terdapat usaha menutup mulut dan menghalang beliau daripada bertemu ahli-ahli Umno dan orang ramai.
Dr Mahathir berkata, tiada tempat untuknya berucap kerana kebanyakan pemilik bimbang dihukum kerajaan.
Beliau juga disoal siasat polis pada 6 November, dipercayai berhubung kritikan beliau terhadap Najib semasa perhimpunan Bersih 4 pada Ogos.
Zahid berpendapat serangan Dr Mahathir terhadap Najib disebabkan "personalitinya yang tegas", The Star melaporkan.
Katanya, beliau mengadakan kunjungan hormat kepada Dr Mahathir 3 bulan lalu, selepas menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri.
"Saya menelefon beliau 2 kali sebelum itu mengenai perkara-perkara lain tetapi ia adalah kunjungan hormat bagi menunjukkan rasa hormat saya dan mendapatkan panduan serta nasihat.
"Beliau amat jujur dan saya mahu menghormati perbezaan pendapat. Saya rasa beliau menghargai lawatan saya," Zahid dipetik sebagai berkata.
Zahid berkata, anak Dr Mahathir, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga "agak kritikal" dalam ucapannya semasa lawatan naib presiden parti ke negeri itu.
"Beliau mempunyai hak mengatakannya sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.
"Itu adalah gayanya bercakap dan saya mengambilnya secara positif," kata Zahid, yang menjelajah negara untuk bertemu pemimpin Umno negeri dan akar umbi parti.
Katanya, kedatangan beliau sangat dialu-alukan dan menganggapnya sebagai tanda mereka menyokong parti dan kepimpinan.
Zahid berkata, beliau menjangkakan kesopanan pada perhimpunan agung kelak, yang akan berlangsung dari 8-12 Disember kerana para perwakilan tahu peraturannya.
Tambahnya, ia terpulang kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno membuat keputusan sama ada Muhyiddin, yang lantang dalam kritikannya terhadap Najib, menyampaikan ucapan penutup seperti biasa.
Pada Selasa, MT memutuskan Muhyiddin tidak akan merasmikan perhimpunan 3 sayap parti, satu langkah yang mendorong timbalan presiden itu mengisytiharkan beliau tidak akan berdiam diri. – 28 November, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-mahathir-dijemput-ke-perhimpunan-agung-umno-kata-zahid#sthash.0oYSeq3z.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.