Followers

Saturday, November 28, 2015

BERCAKAP BENAR SALAH ( bisa ke sumbat ke penjara)

Bang Maily II's photo.

DI mahkamah Allah meski kecil kesnya tiada yang bisa terhindar akan tetap menerima hukuman dari Allah.
Di mahkamah dunia ini yang bersalah menjadi tidak bersalah dan yang tidak bersalah boleh saja masuk ke penjara kerana dianggap bersalah. Rujuk kes mantan ketgua menteri Melaka.

Memang hidup semacam ini jadi serba salah.

Kita diperintah jujur, telus dan tidak melanggar hukum yang ditentukan oleh Allah tetapi dalam masa sama hukum yang kita tegakkan menganiaya orang lain dan kesannya ramai yang menjahit mulut mengelak untuk bercakap apa-apapun dan kerana itu ramai yang demam BABAU.

Rsakyat memang dalam ketakutan kesan kuasa yang ada. Apa tidaknya di Malaysia ini bercakap benar juga salah dan ada akta yang boleh memenjarakan orang yang bercakap benar.

Akta Poka dan akta Hasutan atau Rahsia Rasmi 1972 itu jelas menutup mulut kita dan memang cukup aneh,
Sekarang ini kalau ada kes rampok duit dana berjuta, berbilion biasa tidak kena buru, sebalik yang keluarkan maklumat pula kena siasat dan itu juga menyebabkan ramai kalangan kita terutama yang kerja di jabatan tertentu seperti bank terpaksa menjahit mulutnya meski ada sakit hati yang mendalam.



Kita memang jadi serbasalah.

Kita diperintah pertahankan negara kita elak rosak, tetapi yang merosak negara jelas di depan mata dan kita tahu kesan hidup mereka yang bermewah dan nampaknya kita semua diperintah untuk jadi lembu sedang perampok khazanah wang negara 250 juta terlepas dan dikatakan tiada salah serta bebas ke sana sini.

Khir toyo kasus berjuta-juta dan nilai rumah juga sekitar puluhan juta didapatkan ketika duduki menteri besar kala bicara hanya setahun penjara, tetapi pecuri ayam yang mungkin lapar mahu makan gulai ayam dipenjara 24 bulan.

Mari semula kita berfikir secara adil dan bijaksana bukan emosi.


BANG MAILY
28/11/2015

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.