Followers

Sunday, October 11, 2015

Zahid tegur pemimpin BN, jangan provokasi


Zar Ali's photo.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, saranan Majlis Raja-raja terhadap siasatan 1Malaysia Development Berhad tidak sepatutnya diambil kesempatan untuk menyelamatkan parti dan kerajaan. – 

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, saranan Majlis Raja-raja terhadap siasatan 1Malaysia Development Berhad tidak sepatutnya diambil kesempatan untuk menyelamatkan parti dan kerajaan. – 

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegur kalangan pemimpin parti Barisan Nasional (BN) kerana menimbulkan provokasi yang boleh menyebabkan khalayak meragui kewibawaan agensi penguatkuasaan melaksanakan tanggungjawab berhubung soal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya sebarang kenyataan bersifat provokasi tidak seharusnya dijadikan sandaran untuk menggambarkan seolah-olah agensi penguatkuasaan tidak mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan penyiasatan dan melakukan pendakwaan lebih awal.

“Ketulusan saranan daripada kenyataan Majlis Raja-raja tidak sepatutnya ditangguk dalam air keruh yang seharusnya dijernihkan agar terpancar keikhlasan untuk menyelamatkan parti dan kerajaan,” katanya dalam kenyataan media yang diedar kepada wartawan Malaysia yang meliputi lawatan kerja beliau di Washington pada Jumaat.

Katanya tindakan dendam dan memburukkan keadaan akhirnya menyumbang kepada “menang sorak kampung tergadai”.

Majlis Raja-raja Melayu pada 6 Oktober lepas bertitah meminta supaya siasatan berhubung 1MDB diselesaikan segera. Beberapa pihak termasuk bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyuarakan pandangan berkenaan titah Majlis Raja-raja.

Zahid berkata menjunjung kasih saranan Majlis Raja-raja bukanlah dengan mengambil langkah provokasi untuk mengajak khalayak meragui kredibiliti agensi yang berwibawa untuk mengambil tindakan secara rasional mengikut proses perundangan.

“Sebagai pemimpin yang masih dihormati atas apa jua jawatan penting di dalam parti, seharusnya tindakan yang diambil harus memperlihatkan usaha penyatuan dalam situasi sukar yang sedang dihadapi oleh Umno, BN dan kerajaan,” kata Zahid yang juga naib presiden Umno.

Katanya jika benar tersemat hasrat sesetengah pihak untuk menyelamatkan negara dan parti, tindakan berhemah hendaklah menjadi keutamaan agar ia tidak diambil kesempatan oleh yang bersuara minoriti untuk mengambil alih kerajaan secara tidak bermoral biarpun ia tidak menyalahi sistem perundangan.

“Selaku seorang pejuang parti Umno yang setia, saya percaya semua permasalahan pastinya mampu diatasi dengan istiqamah.

“Saya yakin perdana menteri dan kerajaan sedang lakukan usaha terbaik dalam memastikan program rasionalisasi yang mendapat sokongan Jemaah Menteri dapat diselesaikan dalam tempoh 6 bulan seperti yang dipersetujui,” kata Zahid.

Zahid berkata situasi sebegini pernah dialami kepimpinan terdahulu, dan atas kesatuan dokongan akhirnya permasalahan dapat didepani dengan bijaksana.
Beliau meminta pemimpin parti kerajaan di semua peringkat supaya berlapang dada dan berfikiran terbuka tanpa menanam rasa kebencian serta tidak “berkokok berdegar-degar tetapi ekor bergelumang dengan najis”.

Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata kepercayaan hendaklah diberi kepada ketua-ketua jabatan berkaitan khasnya Pejabat Peguam Negara, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyediakan kertas siasatan dan kertas pendakwaan mengikut kaedah perundangan yang ada.

“Sebarang tekanan atas sifat melayani sentimen dan menuding jari tidak seharusnya menyandari sebarang saranan untuk tidak melengahi langkah perundangan yang dilakukan,” katanya.

Semasa di Washington, Zahid, antara lain, menandatangani dokumen Arahan Presiden Keselamatan Negara No.6 (HSPD-6) bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry, bagi membolehkan Malaysia menyertai program pengecualian visa Amerika. – Bernama, 10 Oktober, 2015.



- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.