PETALING JAYA: Peguam Negara dilihat mengambil tindakan sendiri apabila
menolak cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk meneruskan pendakwaan
terhadap 1MDB.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikai keputusan itu yang disifatkannya sebagai tidak telus.
Katanya, meskipun Peguam Negara diberi kuasa untuk membuat keputusan
sama ada sesuatu kes perlu dibawa ke mahkamah atau tidak tetapi
keputusan untuk menolak proses pendakwaan menimbulkan tanda tanya.
“Kita tahu memangnya Peguam Negara diberi kuasa untuk membuat keputusan
sama ada sesuatu kes perlu dibawa ke mahkamah atau tidak.
Anggapannya
adalah Peguam Negara akan menghargai dan memahami betapa serius atau
sebaliknya kes yang dibawa kehadapannya, bahawa dia akan menghargai
keprihatinan pengadu atau agensi yang membuat laporan itu, bahawa jika
ada perasaan tidak puas hati kes itu patut dihakim dalam mahkamah
undang-undang oleh seorang hakim dan jika masih tidak berpuas hati
rayuan dibenarkan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.