Followers

Tuesday, October 20, 2015

Usul undi tidak percaya Najib mungkin tidak dibahaskan sesi ini, kata speaker OLEH MOHD FARHAN DARWIS


Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin tidak dibahaskan pada sesi ini, kata Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin tidak dibahaskan pada sesi ini, kata Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang ingin dibawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkemungkinan tidak akan dibahaskan pada sesi ini, kata Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Speaker Dewan Rakyat itu berkata, melalui peraturan mesyuarat, mana-mana usul yang ingin dibawa ke dalam perbahasan di Dewan Rakyat perlu dikemukakan 14 hari sebelum Parlimen bersidang.

"Saya ingatkan Permatang Pauh, kalau nak buat usul undi tak percaya, kalau menepati peraturan mesyuarat 26 dan 27, kalaupun diterima ia akan diberi masuk sesi mesyuarat akan datang, bukan sesi ini," kata Pandikar, ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat, Parlimen hari ini merujuk kepada kerusi Parlimen yang diwakili Dr Wan Azizah. – 20 Oktober, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.