Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikemukakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Hee Loy Sian disenaraikan sebagai item ke-25 dalam senarai untuk dibahaskan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Dewan Rakyat menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikemukakan ahli Parlimen pembangkang, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.
Usul dikemukakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Hee Loy Sian disenaraikan sebagai item ke-25 dalam senarai untuk dibahaskan, akan tetapi menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengatakan keutamaan akan diberikan kepada urusan kerajaan apabila sidang Dewan Rakyat bermula esok.
"Sebagai seorang ahli Parlimen sememangnya menjadi preprogatif dan hak seseorang ahli Parlimen untuk membawa mana-mana usul persendirian mengikut peruntukkan di bawah Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat," kata Azalina dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Pengerang itu berkata, usul yang dikemukakan oleh Hee disenaraikan sebagai urusan nombor 25 daripada 28 urusan yang secara keseluruhannya dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, esok yang merangkumi rang undang-undang dan usul-usul dari kerajaan serta usul-usul persendirian daripada ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.
"Nombor 1 dan 2 adalah usul kerajaan, nombor 3 hingga 6 adalah rang undang-undang kerajaan (bacaan kali yang ke-2), nombor 7 hingga 28 adalah usul persendirian seperti yang disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat. Disamping itu, 5 rang undang-undang kerajaan akan dibuat bacaan pertama pada hari tersebut."
Beliau berkata, pertimbangan mana-mana usul adalah tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 15 (1) yang menyatakan pada setiap hari persidangan mesyuarat, urusan kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan lain.
"Maka, saya berharap isu berkaitan dengan usul yang dikemukakan tidak perlu dipolitikkan khususnya oleh pihak berkepentingan untuk mengelirukan rakyat," katanya.
Azalina berkata, Parlimen Malaysia sememangnya sentiasa mendukung prinsip demokrasi yang tinggi maka semua ahli Parlimen mempunyai hak mereka seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan dan Peraturan Mesyuarat.
"Pada masa yang sama, saya juga berharap agar mana-mana ahli Parlimen supaya sentiasa bertindak dengan mendukung prinsip kebertanggungjawaban khususnya dalam mengemukakan mana-mana usul persendirian supaya tidak berdasarkan kepada andaian atau spekulasi semata-mata serta tidak melanggar apa-apa syarat Peraturan-peraturan Mesyuarat," katanya.
"Kami di barisan kerajaan yakin Yang Dipertua Dewan Rakyat (Tan Sri Pandikar Amin Mulia) seperti biasa akan memberi pertimbangan yang saksama dan adil kepada semua usul yang dikemukakan mengikut Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat," tambahnya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com
Dewan Rakyat terima usul undi tak percaya terhadap Najib
Dewan Rakyat menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikemukakan ahli Parlimen pembangkang, kata Datuk Seri Azalina Othman Said. Usul dikemukakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Hee Loy Sian disenaraikan sebagai item ke-25 dalam senarai untuk dibahaskan, akan tetapi menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengatakan keutamaan akan diberikan kepada urusan kerajaan apabila sidang Dewan Rakyat bermula esok.
"Sebagai seorang ahli Parlimen sememangnya menjadi preprogatif dan hak seseorang ahli Parlimen untuk membawa mana-mana usul persendirian mengikut peruntukkan di bawah Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat," kata Azalina dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Pengerang itu berkata, usul yang dikemukakan oleh Hee disenaraikan sebagai urusan nombor 25 daripada 28 urusan yang secara keseluruhannya dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, esok yang merangkumi rang undang-undang dan usul-usul dari kerajaan serta usul-usul persendirian daripada ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang. "Nombor 1 dan 2 adalah usul kerajaan, nombor 3 hingga 6 adalah rang undang-undang kerajaan (bacaan kali yang ke-2), nombor 7 hingga 28 adalah usul persendirian seperti yang disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat. Disamping itu, 5 rang undang-undang kerajaan akan dibuat bacaan pertama pada hari tersebut."
Beliau berkata, pertimbangan mana-mana usul adalah tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 15 (1) yang menyatakan pada setiap hari persidangan mesyuarat, urusan kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan lain.
"Maka, saya berharap isu berkaitan dengan usul yang dikemukakan tidak perlu dipolitikkan khususnya oleh pihak berkepentingan untuk mengelirukan rakyat," katanya.
Azalina berkata, Parlimen Malaysia sememangnya sentiasa mendukung prinsip demokrasi yang tinggi maka semua ahli Parlimen mempunyai hak mereka seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan dan Peraturan Mesyuarat.
"Pada masa yang sama, saya juga berharap agar mana-mana ahli Parlimen supaya sentiasa bertindak dengan mendukung prinsip kebertanggungjawaban khususnya dalam mengemukakan mana-mana usul persendirian supaya tidak berdasarkan kepada andaian atau spekulasi semata-mata serta tidak melanggar apa-apa syarat Peraturan-peraturan Mesyuarat," katanya.
"Kami di barisan kerajaan yakin Yang Dipertua Dewan Rakyat (Tan Sri Pandikar Amin Mulia) seperti biasa akan memberi pertimbangan yang saksama dan adil kepada semua usul yang dikemukakan mengikut Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat," tambahnya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.