Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Najib Razak bagi mendapatkan penjelasan berhubung sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri itu, kata badan itu hari ini. –
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Najib Razak bagi mendapatkan penjelasan berhubung sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri itu, kata agensi itu hari ini.
SPRM berkata pihaknya sudah mengenalpasti identiti pihak yang memberi wang itu dan mendapatkan penjelasan daripada penderma yang berasal dari Timur Tengah itu akan tetapi tidak boleh mendedahkan identitinya.
Pada Isnin, SPRM mengesahkan sejumlah RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun Najib sebagai sumbangan derma, bukan daripada syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"SPRM mendapatkan penjelasan daripada pihak penderma yang berasal dari Timur Tengah dan pihak berkaitan juga mengesahkan sumbangan derma tersebut.
"Sumbangan derma RM2.6 bilion itu tiada kaitan langsung dengan 1MDB.
"Perbincangan juga diadakan dengan Peguam Negara Malaysia yang meminta supaya SPRM membuat penjelasan mengenai perkara ini sementara siasatan masih dijalankan.
"Sehubungan itu, SPRM juga ingin memaklumkan Najib akan diminta untuk memberi penjelasan mengenai sumbangan derma yang diterima beliau kepada SPRM," kata badan anti-rasuah itu dalam satu kenyataan petang ini.
Ia berkata, SPRM mendapat tahu tentang butir penderma melalui dokumen yang diambil dari bank dan didapati terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun perdana menteri.
"Dalam dokumen itu ada dijelaskan sumbangan RM2.6 bilion adalah sebagai derma," katanya.
The Wall Street Journal (WSJ) pada 2 Julai menerbitkan satu artikel yang memetik "penyiasat yang tidak dinamakan" mengatakan hampir AS$ 700 juta (RM2.6 bilion) daripada dana syarikat berkaitan 1MDB disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib sebelum pilihan raya umum ke-13.
1MDB menafikan dakwaan itu, manakala Najib menafikan mengambil sebarang dana awam untuk kepentingan peribadi.
Walaupun mengancam untuk menyaman WSJ atas dakwaan itu, Najib tidak pernah secara langsung menafikan wang itu ada dalam akaun beliau .
Pada Isnin, SPRM mengeluarkan kenyataan mengesahkan RM2.6 bilion itu disalurkan ke akaun perdana menteri tetapi ia sumbangan politik dari penderma, bukan dari 1MDB.
http://www.themalaysianinsider.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.