Followers

Thursday, August 6, 2015

Cadangan PAC siar laporan interim 1MDB bertentangan peraturan Dewan Rakyat, kata Pandikar Amin.


Zar Ali's photo.Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata tindakan itu bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat 85, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang tidak membenarkan apa-apa keterangan yang diambil di hadapan PAC dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya disiarkan dalam apa jua bentuk sebelum Jawatankuasa itu membentangkan laporan tersebut kepada Majlis. 

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata tindakan itu bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat 85, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang tidak membenarkan apa-apa keterangan yang diambil di hadapan PAC dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya disiarkan dalam apa jua bentuk sebelum Jawatankuasa itu membentangkan laporan tersebut kepada Majlis. 

Cadangan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk menyiarkan laporan interim siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah bertentangan dengan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata "tindakan itu bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat 85, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang tidak membenarkan apa-apa keterangan yang diambil di hadapan PAC dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya disiarkan dalam apa jua bentuk sebelum Jawatankuasa itu membentangkan laporan tersebut kepada Majlis.

"Penyiaran laporan interim juga bertentangan dengan Seksyen 23 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 yang jelas tidak membenarkan mana-mana ahli atau jawatankuasa memberi keterangan di luar Majlis tanpa keizinan khas Majlis terlebih dahulu," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Pengerusi PAC Dr Tan Seng Giaw akan kemungkinan jawatankuasa itu mencadangkan mengeluarkan laporan ringkas berhubung 1MDB bagi memberitahu orang ramai tahap siasatan yang dijalankan.

Berhubung isu sama ada PAC boleh meneruskan mesyuarat dengan kehadiran tiga ahli jawatankuasa sahaja, Pandikar berkata mengikut peraturan Mesyuarat 83(3), kuorum bagi sesebuah Jawatankuasa Pilihan hendaklah 3 orang ahli termasuk Pengerusi kecuali jika Majlis memerintahkan boleh lebih atau kurang daripada itu.

"Walaupun baki ahli PAC mencukupi bilangan kuorum yang disyaratkan bagi ahli tetapi jawatan pengerusi dikosongkan, maka PAC tidak boleh meneruskan mesyuarat sehingga pengerusi yang baharu dilantik oleh Majlis," katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa Peraturan Mesyuarat 77(3) hanya terpakai apabila jawatan pengerusi itu masih diisi oleh seseorang ahli Majlis, dan PAC tidak mempunyai kuasa untuk memilih seorang daripada mereka untuk menjadi pengerusi apabila jawatan pengerusi menjadi kosong.

Perkara 73(3) peraturan mesyuarat pula mencatatkan semasa ketiadaan Pengerusi atau Naib Pengerusi oleh kerana keuzuran atau lain-lain sebab, Jawatankuasa hendaklah memilih seorang daripada mereka untuk menjadi seorang pengerusi yang akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa itu.

"Memandangkan pelantikan Pengerusi baru masih belum dibuat, apa-apa mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara hendaklah ditangguhkan, dan tiada peruntukan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang menghendaki suatu penangguhan mesyuarat Jawatankuasa itu dibuat dengan memohon persetujuan daripada ahli-ahli Jawatankuasa terlebih dahulu," kata Pandikar.

Menyentuh mengenai naib pengerusi jawatankuasa itu mengadakan mesyuarat, Pandikar berkata beliau tidak boleh mengadakan mesyuarat jawatankuasa atas kapasitinya sebagai Naib Pengerusi kerana Peraturan Mesyuarat 82(2) memperuntukkan secara khusus mengenai tatacara pelantikan jawatan ahli jawatankuasa yang menjadi kosong.

"Dalam hal keadaan jawatan pengerusi atau ahli jawatankuasa menjadi kosong, Peraturan Mesyuarat 82(2) memperuntukkan pelantikan semula bagi jawatan tersebut dibuat melalui pelantikan oleh Majlis atau Jawatankuasa Pemilih mengikut mana-mana yang berkenaan dan bukannya melalui pemilihan dalam kalangan naib pengerusi dan ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara sedia ada sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Peraturan Mesyuarat 77 (3)," katanya.


See more at: http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.