Followers

Thursday, August 20, 2015

Selcat boleh siasat penstrukturan air Selangor, kata Azmin OLEH YASMIN RAMLAN


Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali (gambar, kanan) menyambut baik saranan pendahulunya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar kos sebenar perbelanjaan yang ditanggung kerajaan negeri dalam proses mengambil alih industri air itu didedahkan kepada umum

Azmin berkata beliau bersedia sekiranya Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) mahu menyiasat penstrukturan semula jadi air di negeri itu.

Khalid semasa sesi soal jawab di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berkata, rakyat ingin tahu mengenai kos sebenar perbelanjaan ditanggung kerajaan negeri dalam proses mengambil alih industri air supaya rakyat lebih tahu perkara sebenar mengenainya.

“Kita (boleh bincang secara) terbuka cuma saya tidak boleh arahkan Jawatankuasa Selcat untuk tentukan apa perkara yg nak dibincangkan. Tapi kita terbuka. Tiada istilah sorok. Istilah sorok cukup kerap dibincangkan minggu ini.

“Saya bagi pihak kerajaan dokong sebarang usaha mencari kebenaran, kalau Selcat rasa ada keperluan silakan, kerajaan negeri akan beri keterangan”, katanya.

Terdahulu Khalid lantang mempersoalkan kenyataan Azmin berhubung pengambilalihan 4 syarikat konsesi air yang hanya menyentuh kos RM2 bilion daripada jumlah keseluruhan RM9.65 bilion.

Khalid menegaskan penjelasan berkaitan baki RM7.65 bilion itu penting kerana dikhuatiri akan menyebabkan tarif di negeri itu meningkat.



Terdahulu hari ini, ketika sesi soal jawab, Azmin turut menjelaskan mengenai kenaikan 18% tarif air di Selangor merupakan cadangan Khalid ketika beliau masih memegang jawatan sebagai menteri besar.

“Kadar tarif sehingga 18% itu pendirian Adun Pelabuhan Klang, saya mahu jangan dibebankan kepada rakyat kerana rizab negeri ini tidak boleh dibelanjakan sewenangnya”, katanya menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Sepat Mohd Haslin Hassan.

Namun, disebabkan Khalid tidak berpuas hati dengan jawapan Azmin, Adun Pelabuhan Klang itu bangun sambil membidasnya dengan berkata; "Apakah fakta yang menyatakan saya buat kenyataan 18% dan saya boleh ingatkan Tuan Speaker mengadakan Selcat supaya perkara yang tersimpan dan tidak betul boleh dibincangkan di khalayak ramai."

Ketika masih menjadi menteri besar, Khalid berjanji tiada kenaikan tarif air dalam tempoh 3 hingga 4 tahun selepas penstrukturan air selesai dan kenaikan selepas itu tidak melebihi 15%. – 20 Ogos, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.