Followers

Thursday, August 20, 2015

PKR sasar 20,000 ahli sertai Bersih 4



Pada 23 Ogos akan diadakan taklimat kerahan kepada semua pimpinan dan wakil rakyat PKR dari seluruh negara untuk menjayakan sasaran 20,000 anggota hadir ke perhimpunan Bersih 4.

.Pada 23 Ogos akan diadakan taklimat kerahan kepada semua pimpinan dan wakil rakyat PKR dari seluruh negara untuk menjayakan sasaran 20,000 anggota hadir ke perhimpunan Bersih 4.

PKR menyasarkan 20,000 ahlinya untuk menyertai perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos ini, kata Rafizi Ramli.

Setiausaha agung PKR itu berkata, mereka akan memberi sepenuh sokongan dan bantuan untuk menjayakan perhimpunan bersejarah kali ini.

"Saya sudah mengeluarkan pekeliling kepada seluruh cabang-cabang PKR dan pimpinan di setiap peringkat untuk menggerakkan kerahan bagi mencapai sasaran ini," kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi berkata pada 23 Ogos ini, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Chua Tian Chang akan mengadakan taklimat kerahan kepada semua pimpinan dan wakil rakyat parti itu dari seluruh negara untuk menjayakan sasaran 20,000 anggota hadir ke perhimpunan tersebut .

"Bersih 4 akan mencipta sejarah sebagai suatu perhimpunan rakyat yang terbesar di saat-saat negara melalui krisis politik dan ekonomi yang meruncing akibat hilangnya kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri," kata Rafizi yang juga naib presiden PKR.

PKR juga juga katanya dijemput menjadi sebahagian daripada petugas keselamatan untuk memastikan Bersih 4 berjalan dengan baik dan lancar.

"Skuad Angkatan Muda Keadilan (Skuad AMK) sudah bersetuju untuk melatih dan mempersiapkan 700 sukarelawan sebagai petugas keselamatan di bawah kendalian YB Chang Lih Kang, setiausaha AMK," katanya.

Rafizi berkata, latihan bersama dengan sukarelawan Bersih yang lain sudah bermula sejak 2 minggu lalu. – 20 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.