Followers

Wednesday, August 26, 2015

Rafidah: Adakah RM2.6bil dorong k'jaan dipengaruhi?


Zar Ali's photo. Bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz mempersoal sama sumbangan RM2.6 bilion yang didepositkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menyebabkan kerajaan terhutang budi kepada penderma dan membolehkan kerajaan dipengaruhi pihak luar.

"Umno adalah parti tunjang kerajaan BN. Mempengaruhi Umno akan bererti mempengaruhi kerajaan," katanya seperti dilapor Sinar Harian hari ini.

Dalam laporan itu juga, bekas ketua wanita Umno itu turut mempersoalkan sama ada wujud pakatan tertentu di sebalik ‘derma’ itu.

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata wang ringgit dilihat seolah-olah begitu penting sehingga memerlukan penderma asing untuk menggerakkan parti.

"Persoalan saya ialah apa agaknya pakatan-pakatan tertentu di sebalik sumbangan tersebut? Apa agaknya yang dijanjikan kepada mereka (penderma)?

"Pendekatan apa agaknya yang dijangka dan diharapkan oleh penderma yang sanggup menderma wang sebegitu besar jumlahnya?" soal beliau yang dipetik dalam laporan itu.

Akhbar itu juga melaporkan Rafidah mendakwa bahawa politik wang menjadi kebiasaan dalam Umno dan ia menjadi masalah yang begitu serius.

"Sebenarnya, setiap ahli Umno wajar merasakan isu RM2.6 bilion sebagai masalah mereka sendiri. Ia pada asasnya memaparkan bagaimana politik wang dalam Umno telah mencapai satu tanda aras tinggi yang baru.

"Bagaimana wang ringgit telah menjadi penggerak tunggal untuk kerja berjalan di peringkat akar umbi. Ia merupakan corak dan ciri-ciri budaya politik Umno pada masa sekarang dan menuju ke hadapan,” katanya.

Laporan itu juga menyebut, Rafidah berkata politik wang akan menghancurkan keperibadian parti dan merosakkan semangat juang, berusaha dan berkhidmat dalam kalangan pemimpin parti. - M'kini


Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.