Followers

Wednesday, August 26, 2015

BERSIH 4:0 - Polis tidak guna senjata renjat kepada peserta Bersih 4, kata timbalan KPN

 Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menggunakan senjata renjat kepada peserta himpunan Bersih 4 hujung minggu ini seperti mana yang dilaporkan akhbar berbahasa Cina semalam, kata Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Timbalan ketua polis negara itu berkata senjata berkenaan hanya akan digunakan pada masa akan datang selepas ia terbukti mampu melumpuhkan mangsa buat tempoh sementara.

"Bukan untuk ini sebab senjata renjat itu melumpuhkan sementara siapa yang ditembak.

"Ia terbukti melalui kajian saintifik dan praktikal dapat melemahkan sesiapa juga perusuh atau penjenayah.

"Di masa hadapan, kita akan lebih banyak menggunakan senjata jenis ini," katanya pada satu sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini.

Rashid berkata senjata berkenaan masih dalam peringkat pengedaran kepada anggota polis yang berada di bandar-bandar besar seluruh negara. Semalam, akhbar berbahasa Cina,

Oriental Daily melaporkan polis mungkin akan menggunakan senjata renjat terhadap peserta himpunan Bersih 4 jika berlaku rusuhan atau keganasan.


HARAPAN DAN IMPIAN BARU.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.