Followers

Friday, August 21, 2015

PKR gesa rakyat sertai Bersih 4, sahut cabaran Najib ambil mandat jadi PM OLEH YASMIN RAMLAN


Naib Ketua Pemuda PKR Fahmi Fadzil Fahmi Fadzil bercakap pada sidang akhbar di hadapan Masjid Negara, Kuala Lumpur, hari ini. Beliau menggesa orang ramai menyertai perhimpunan Bersih 4 sebagai meraikan demokrasi. 

Naib Ketua Pemuda PKR Fahmi Fadzil Fahmi Fadzil bercakap pada sidang akhbar di hadapan Masjid Negara, Kuala Lumpur, hari ini. 

Beliau menggesa orang ramai menyertai perhimpunan Bersih 4 sebagai meraikan demokrasi. 

Naib Ketua Pemuda PKR Fahmi Fadzil hari ini menggesa seluruh rakyat Malaysia menyertai perhimpunan Bersih 4 yang akan diadakan minggu depan sebagai menyambut baik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di laman Facebook beliau hari ini.

"Saya menganggap ini sebagai satu cabaran Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat untuk mengambil mandat itu kembali.

"Saya harap rakyat Malaysia akan beramai-ramai turun bukan saja di Kuala Lumpur, tetapi di Kota Kinabalu dan Kuching untuk memeriahkan proses demokrasi di Malaysia," katanya kepada pemberita ketika mengedar risalah Bersih 4 di perkarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur, hari ini.

Najib hari ini dalam kenyataan di Facebooknya berkata, sebagai seorang perdana menteri, ia menjadi tanggungjawabnya untuk membuat pilihan yang tepat untuk semua rakyat Malaysia.

"Ia satu amanah yang suci dan tiada siapa sepatutnya cuba campur tangan atau merampas kewajipan untuk memimpin.

"Ini untuk orang yang mengundi saya, dan saya bangga dan rendah diri memikul mandat tersebut – diberikan rakyat dan boleh ditarik oleh rakyat. Ia bukan milik mana-mana individu walaupun yang terkenal," katanya di Facebook.

Sementara itu, Naib Ketua Gerakan Anak Muda Harapan Baru Mohd Fakhrulrazi turut menjemput seluruh rakyat Malaysia melakukan perkara sama pada 29 dan 30 Ogos itu.

"Hari ini kami daripada sekretariat ‪#‎KitaLawan‬ serta gabungan NGO anak muda yang bersama rakyat Malaysia yang benci kezaliman dan penindasan dilakukan kerajaan dan Umno-Barisan Nasional hari ini berkumpul untuk menyebarkan risalah, mengajak rakyat Malaysia menghadiri himpunan Bersih 4.0

"Tujuan kita berhimpun ini untuk mendesak kerajaan mengadakan pilihan raya yang lebih telus dan jujur serta lebih bersih. Ia juga demi menyuarakan bantahan tentang segala penyelewengan yang semakin banyak berlaku di negara ini dan kerakusan pimpinan Najib mencabuli undang-undang, demokrasi dan pentadbiran negara," katanya.

Tambahnya semasa himpunan itu nanti, skuad anak muda Amal Relief akan turut menyertai bagi memastikan keselamatan perhimpunan tersebut terjamin. – 21 Ogos, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.