Followers

Friday, August 21, 2015

BERSIH jadi jutawan, kumpul RM1.2 juta


Gabungan proreformasi pilihan raya BERSIH berjaya mengumpulkan dana lebih RM1 juta ringgit hasil derma dan jualan baru perhimpunan BERSIH 4 pada 29 dan 30 Ogos ini.

Jumlah itu diumumkan di Facebook rasmi BERSIH malam tadi.

“Jumlah terkini dari derma dan penjualan baju yang telah kami terima ialah RM1,221,419.02.

“Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang telah menderma kepada kami.

Kepada yang belum, teruskan menderma!” menurut status itu.

Selain menjual baju kemeja T, BERSIH juga sebelum ini menganjurkan kutipan derma "cabaran baldi ais" yang mencetuskan fenomena di seluruh dunia sebelum ini.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.