Ini isiu yang
penting. Saya cuba huraikan dengan bahasa yang semudahnya. Jika ia melibatkan
orang Melayu dalam UMNO sahaja, ia bukan hal saya.
Tapi ia
melibatkan keseluruhan bangsa Melayu. Ada yang sokong UMNO, ada yang tidak
sokong. Kita hormatilah perbezaan. ini bukan soal aqidah sehingga kita hendak
berbunuhan sesama sendiri.
Sahabat saya
ahli parlimen Bera, DS Ismail Sabri Yaakob baru2 ini mengistiharkan bahawa masa
depan orang Melayu hanya dengan UMNO.Ini kenyataan
yang menarik.
Hanya di Malaysia masa depan sesuatu bangsa itu bergantung kepada
parti politik. Ditempat lain, masa depan sesuatu kaum bergantung kepada kaum
itu sendiri.
Tuhan pun ada
menyebut Dia tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa
yang ada dalam diri mereka. Dia tidak sebut sehinga mengubah UMNO atau kekal
UMNO.
Maka yang
penting kita tanya, adakah mereka ada dalam diri mereka itu, himpunan nilai2
untuk membangun dan memajukan?
Terjemah kedalam
politik, ia bererti sama ada mereka ada system nilai yang membentuk
sebuah
kerajaan yang didirikan diatas system perintah ikut hukum dikendalikan
oleh
yang terbaik dari kalangan kaum tersebut.
Bila tuhan lantik Talut jadi
raja dan pemimpin, kaum mereka protes. Meraka kata Talut tidak kaya dan
bukan dari klik mereka. Tuhan nyatakan 2 syarat penting ialah sihat
tubuh badan dan kuat minda nya. Melihat kepada apa yang Najib lakukan
hari ini, macam ada sedikit sakit mental.
Hanya di
Malaysia ianya lain. Bergantung mutlak kepada UMNO- sebuah parti politik. Tidak
kira sama ada UMNO ada system nilai atau tidak, tidak kira pimpinan UMNO itu
terbaik atau tidak dan tidak kira sama ada pimpinan UMNO itu korap atau tidak.
Agak nya, atas
semangat itulah maka dia keluar kenyataan mahu bina Low Yatt untuk Melayu. Peniaga
Melayu , pembeli nya Melayu. Dia lupa bahawa master distributor dan principals
semua Cina.
Ini suatu
pandangan yang haibat. Cukup haibat. Saya sangat alu alukan bila pemimpin UMNO
bercakap mengenai Melayu.
Elok juga pemimpn
UMNO bercakap mengenai pasaraya untuk Melayu, kedai runcit untuk Melayu( mamak
mydin pun tak boleh) kopi tiam untuk melayu.
Paling elok,
bikin undang2 mengharam orang Melayu beli daripada kedai bukan Melayu.
Namakan dasar ini, Jihad
pengguna.
Atas nama
keadilan, kalau kita dilarang beli dari kedai cina,larangan serupa mesti
dikenakan keatas pekedai India. Haramkan makan nasi daun pisang.
Pemimpin UMNO bila
bercakap memang bersemangat mengenai semua Melayu. Tapi bila melaksanakan
dasar, rakan kongsi Cina belaka. Mereka bercakap mengenai perkara2 meMelayukan
itu ini, sudah 45 tahun sejak 1970.
Apa yang terjadi
sejak itu? Pegangan ekwiti Melayu secara individu sekitar 19%. Hanya memasukkan
GLC, ekwiti Melayu tinggi. Itupun kalau kita anggap GLC mewakili kepentingan
Melayu.
Berapa perniagaan
yang sudah di divest oleh GLC kepada peniaga Melayu?
Ternyata GLC
kayakan segelintir Melayu. Bagaimana kita atasi? Dengan mengurangkan perniagaan diberi kepada GLC.
Dan
GLC seringkali berfungsi sebagai atm elit UMNO.
Nilai saham yang
diberi kepada individu Melayu 1970-1990 bernilai
RM54 billion, sekarang hanya RM2 billion. Mereka yang dapat borang pink , saham
percuma, saham anugerah pada harga anugerah dengan pembiayaan anugerah, sudah
jual masa depan bangsa Melayu.
Melayu menjual
diri mereka sendiri. Melayu tidak berminat membina sumber aliran kekayaan
berterusan. Dasar mengayakan segelintir Melayu dengan harapan terjadi lelehan
kebawah, tidak berjaya.
Tapi itulah yang
terjadi dalam dasar ekonomi yang UMNO laksanakan.UMNO memuliakan trickle down economics.
Bagaimana kesenjangan
pendapatan antara kumpulan 20% teratas dengan kumpulan 40% terbawah atau dengan
kita selebihnya ini? Kumpulan T20 pemilik pendapatan purata bulanan RM12,000; kita
punya pendapatan purata mungkin hanya Rm2000. RM1686 untuk B40.
Makanya, semua
cakap besar mengenai meMelayukan ini dan itu, semua nya omongan kosong.
Selagi sumber
pengkayaan tidak diletakkan kedalam tangan ejen2 ekonomik secara lansung, mala
masaalah ekonomi orang Melayu akan begitulah juga.
Ismail Sabri
memang ada semangat untuk bercakap mengenai semua nya Melayu. Suatu ketika saya
cukup kagum dengan usaha dia mahu menjadikan pengurangan dan penghapusan orang tengah
sebagai suatu dasar. Maka lahirlah jihad orang tengah.
Tapi saya lihat
pegawai Mardi di Raub beli buah durian bukan secara lansung dari petani Melayu,
tapi beli dari pemungut dan pusat kumpulan durian yang dimiliki oleh orang
Cina.
Penanam dapat
untung 4 sekilo, orang tengah dapat untung RM6, MARDI dapat untung RM 10.
Siapa jadi orang
tengah? Cina dan MARDI. Orang tengah bernama Si Mardi ini pula menjual; Di
Singapura, sekilo RM60. Di Hong Kong RM70 sekilo. jika kos mardi ialah 70%,
maka untung kasar sekilo si Mardi menjadi RM18-RM21 sekilo.
Mardi institusi
kerajaan. Mereka boleh beli secara lansung jika pegawai nya rajin masuk bukit
dan kampong Melayu.
Mengenai Ismail Sabri, dia ahli umno
dan menteri UMNO maka kenyataan nya boleh kita simpati dan faham. Namun, kenyataan nya
boleh dilihat sebagai self-serving juga. Kalau dia tak kata demikian, apa yang
hendak dikata?
Perlukah Pengundi Melayu pada UMNO.
Kita telah
buktikan bahawa , kita tidak musnah kerana tidak sokong UMNO dalam PRU13. Malah,
bencana menimpa kita dengan kita mengekal Najib dan UMNO sebagai kerajaan.
Izinkan saya
ulang sekali lagi. Daripada 11 juta pengundi dalam PRU13, 65% atau lebih adalah
orang Melayu. Yakni 7.2 juta.
Jika semua undi
yang UMNO dapat sebanyak 3.2 juta itu Melayu, orang Melayu yang tidak undi UMNO
ialah 4.0 juta. Mengapa lah susah sangat orang UMNO faham bahawa pengundi
Melayu yang tidak menyokong mereka lebih ramai daripada yang menyokong?
Perhatikan lagi.
Mustahil 100% pengundi Melayu undi UMNO. Saya orang Melayu calun DAP pun dapat
undi orang Melayu. Mungkin mereka mengundi saya sebab saya seperti mereka,
adalah sesama Melayu, sesama beragama Islam dan sesama bertaat setia juga kepada
Raja Melayu saya.
Kepada mereka, ini pertimbangan yang lebih utama daripada
melihat saya calun UMNO atau tidak. Ini bukti orang Melayu sedia sokong calun
asalkan dia Melayu walaupun bukan dari UMNO.
Katalah daripada
3.2 juta yang undi UMNO itu 85% orang Melayu- maka jumlah yang mengundi UMNO
ialah 2.72 juta Melayu.
Itu bererti jumlah
Melayu yang tidak menyokong UMNO daripada 7.2juta ialah 4.5 juta.
Apa point saya?
Biarkan Melayu UMNO sahaja sokong
kebathilan dan kemungkaran.
Point saya ialah
kita sesama Melayu, sesama agama dan sesama Raja lebih baik biarkan semua ahli
UMNO sokong apa yang presiden parti mereka lakukan. Kita jangan tercemar dengan
kotoran dan daki yang umno bawa.
Kalau mereka
anggap apa presiden parti buat tidak salah apa2, apa kita hendak sibuk?
Kecuali kita
Melayu yang diluar UMNO tidak memerlukan sebuah parti yang memuliakan korapsi,
salah guna kuasa, dan kerendahan akal budi. Kita tidak memerlukan parti seperti
ini kerana ia bertentangan dengan nilai yang kita pegang.
Ia bukan parti
Onn Jaafar, bukan UMNO Tengku Abdul Rahman dan bukan UMNO Tun Razak.
Bila mereka
lakukan demikian, ertinya orang Melayu dalam UMNO akan mempertahankan pesalah,
perasuah, pemimpin yang korap, penyamun dan perompak, pemimpin zalim dan pemimpin yang membodohkan
rakyat khususnya orang Melayu.
Biarlah orang
Melayu UMNO sahaja yang memaafkan penyonglap wang dan pemimpin bodoh- manakala
kita, majoriti orang Melayu jangan mengikat diri kita dengan UMNO.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.