Followers

Monday, August 3, 2015

Najib, dunia sedang memerhatikan, berpada-padalah…

Dzulkefly Ahmad.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak lagi menghiraukan apa jua pandangan umum terhadap dirinya. Beliau berhenti mempedulikan popularitinya dari kaca mata rakyat dan masyarakat dunia. Beliau hanya punya satu matlamat iaitu “menyelamatkan dirinya”.

Tentunya episod mutakhir adalah seluruhnya berhubung siasatan dakwaan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) awal bulan lalu yang sejumlah wang RM2.67 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib sudah siap. Bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam langkah terakhir untuk membuat pendakwaan terhadap Najib.

Menghidu akan tindakan tersebut, Najib bingkas bertindak bagi memintas langkah itu. Beliau panik. Pertama yang disingkirkan peguam negara sendiri. Nasib 3 lagi ahli pasukan petugas khas (special task force) juga ketidaktentuan.



Mereka bukan calang-calang peribadi, elit tertinggi negara; Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Pemecatan Gani, 60 hari sebelum tarikh bersaranya jelasnya tindakan “desperado”. Gani banyak mencurah khidmat kepada Najib dan Umno-Barisan Nasional (BN). Tidak siapa sangsikan kesetiaannya. 

Namun, kesemua itu lenyap daripada radar kompas moral Najib. Atau memang beliau tidak ada kompas itu.
Untuk tujuan itu, beliau sanggup lakukan apa jua. Pergolakan mutakhir penuh aksi menggemparkan sedang ditonton rakyat adalah di bawah pengarahan Najib. Tidak perlu seorang pundit politik untuk merumuskan untuk kita.

Ya, Najib memang tidak punya pilihan. Situasi ini lazim disebut sebagai “damn if you do and damn if you don’t” atau “ditelan mati emak, dibuang mati bapak”. Najib mula percaya beliau paling berkuasa di negara ini dan tidak dapat dikalahkan atau ditundukkan! Pecat, tangkap dan gantung akhbar biasa sahaja buat Najib kini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.