Pulak Dah!!! (Gambar) Bekas Pemain Bola Sepak Kedah Dicekup Khalwat Tengah Malam Kat Hotel Bajet.. Jom Terjah!!!
BEKAS pemain bola sepak liga simpanan Kedah (kanan) dicekup berkhalwat dengan pasangannya oleh JAIK, malam kelmarin.Alor Setar: Seorang bekas pemain bola sepak Liga Simpanan Kedah sanggup mengaku suami isteri bagi mengelak dicekup berkhalwat bersama pasangannya di sebuah hotel bajet di Lebuhraya Darulaman, kelmarin.
Malah, lelaki berusia 52 tahun itu yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak kemudian mengaku pasangannya berusia 27 tahun itu sebenarnya adalah anak saudaranya ketika disoal siasat anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK).
Bagaimanapun, tembelang mereka terbongkar apabila anggota JAIK menghubungi bapa wanita terbabit sebelum mendapati mereka tidak mempunyai sebarang ikatan.
Lelaki terbabit turut memberi alasan hanya menumpang tidur di bilik itu kerana mereka baru selesai menjalani latihan futsal di Titi Gajah.
Penolong Pengarah Penguatkuasa dan Undang-undang JAIK Syeikh Roshidi Mahmud berkata, dalam serbuan jam 12 tengah malam yang disertai 28 anggota penguat kuasa itu, pihaknya membuat pemeriksaan di bilik berkenaan selepas mengesyaki sesuatu mencurigakan.
Beliau berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang hanya bertuala tanpa baju membuka pintu dan terkejut melihat kehadiran pihak berkuasa.
“Dia pada mulanya mengaku suami isteri, namun ketika disoal siasat, dia kemudian memberitahu wanita terbabit adalah anak saudaranya.
“Bagaimanapun, mereka akhirnya mengaku hanya teman biasa dan ditahan kerana disyaki berkhalwat,” katanya.
Roshidi berkata, lelaki itu dipercayai bekas pemain bola sepak di negeri ini dan kini bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat swasta manakala wanita terbabit tidak bekerja dan bujang.
Beliau berkata, lelaki terbabit berasal dari Pokok Sena dan wanita dari Kulim itu mengaku sudah lama berkenalan.
“Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Kota Setar untuk dibuat laporan tangkapan dan dibawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014. Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Sedaka Sejahtera
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.