Followers

Thursday, August 13, 2015

Jawatankuasa baharu PAC dilantik 19 Oktober, kata menteri OLEH KC NAZARI


Ahli baharu Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan dilantik pada sidang Dewan Rakyat Oktober depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ahli baharu Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan dilantik pada sidang Dewan Rakyat Oktober depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang baharu akan hanya dilantik pada sidang Dewan Rakyat pada Oktober depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Azalina berkata, ia merupakan keputusan yang dicapai Kabinet dalam mesyuarat mingguan mereka hari ini sekali gus melenyapkan cakap-cakap tentang keperluan mengadakan sidang khas Dewan Rakyat bagi tujuan itu.

Pengumuman ini juga bermakna pendengaran PAC berhubung operasi syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan tertangguh buat sementara waktu.

Azalina berkata, keputusan itu dibuat apabila mengambil kira rombakan Kabinet pada 29 Julai lalu serta pertukaran jawatan ketua pembangkang.

Katanya, pelantikan Jawatankuasa Pemilih Parlimen yang bertanggungjawab melantik ahli PAC akan turut dilakukan hari pertama sidang Dewan Rakyat pada 19 Oktober depan.

"Setelah mengambil kira pertukaran jawatan ketua pembangkang serta susulan penyusunan semula jemaah menteri pada 29 Julai, 2015 maka terdapat keperluan melantik atau menggantikan ahli Jawatankuasa Pemilih sedia ada dengan yang baharu sebelum jawatankuasa tersebut dapat bertindak melantik ahli PAC.

"Kabinet membuat keputusan melakukan pertukaran Jawatankuasa Pemilih dan pelantikan pengerusi serta ahli PAC pada hari pertama Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Majlis Parlimen ke-13 iaitu 19 Oktober," kata Azalina dalam kenyataannya.

Azalina berkata, Barisan Nasional akan melantik ketua whip baharu pada hari itu dan pembangkang pula dijangka mengemukakan nama baharu bagi menganggotai PAC memandangkan PAS kini berpecah daripada pembangkang.

Sementara itu, Azalina berkata kerajaan tidak berniat melengah-lengahkan pelantikan ahli PAC.

Ini kerana, Jawatankuasa Pemilih Parlimen yang baharu perlu dipilih semula sebelum ahli PAC dilantik selaras Peraturan Mesyuarat 77(2) dan 76(2) Dewan Rakyat.

"Setelah itu, PAC dapat meneruskan semua tugas yang diamanahkan kepada mereka termasuk prosiding siasatan terhadap 1MDB.

"Saya menegaskan kerajaan sama sekali tidak menangguhkan prosiding siasatan terhadap 1MDB oleh PAC dengan sengaja.

“Prosiding tersebut dapat diteruskan selepas pelantikan pengerusi dan ahli PAC yang baharu," katanya. – 12 Ogos, 2015.

.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.