Followers

Monday, June 29, 2015

Duit 1MDB masih hilang walaupun Justo ditangkap, kata Dr M

 
Duit 1MDB masih hilang walaupun Justo ditangkap, kata Dr MTun Dr Mahathir Mohamad mengatakan pengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak perlu memohon maaf walaupun bekas Pengarah PetroSaudi International (PSI) Xavier Andre Justo diberkas di Thailand.

Bekas perdana menteri itu berkata, hakikatnya wang 1MDB masih hilang dan penahanan Justo tidak sesekali menjelaskan ke mana wang tersebut dibelanjakan.

“Sesetengah orang sangat teruja mengenai Justo. Mereka sekarang berkata pengkritik perdana menteri perlu meminta maaf. Maaf untuk apa?

“Hakikatnya sejumlah wang yang banyak sudah hilang. Bolehkah Justo membawa kembali wang itu?” katanya menerusi kiriman terbaru di blog popularnya, chedet.cc hari ini. – TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.