Followers

Tuesday, June 30, 2015

Bukan hanya Sarawak Report sumber maklumat Dr Mahathir Oleh Zainuddin Maidin

 
Bukan hanya Sarawak Report sumber maklumat Dr MahathirKenyataan saya di Malaysian Insider mengatakan tangkapan bekas pengarah PetroSaudi International Xavier Andre Justo yang didakwa membocorkan makluman yang ada kaitan dengan 1MDB seolah-olah dirancang untuk membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib adalah tidak lengkap

Berita itu tidak menyebutkan beberapa perkara lagi yang boleh menimbulan keraguan orang ramai tetapi yang disebut hanya fakta mengenai wartawan NST siap menunggu di Bangkok untuk liputan tangkapan itu yang menampakan sebagai terancang.

Sebenarnya saya menyebutkan tentang suatu peluang keemasan yang boleh digunakan untuk membersihkan nama Najib telah disiasiakan apabila exploitasi dan menipulasi berita itu tidak distratijikan secara halus dan bijak.

Apa yang berlaku jentera komunikasi parti dan porpagandis Najib secara serentak menampakan seolah -olah mendapat peluang besar untuk menjalankan "oprerasi pembersihan" yang menyebabkan orang ramai merasakan mereka dianggap mudah untuk diperbodohkan.

Adalah tidak bijak bagi menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin UMNO memberikan reaksi serta merta bahawa sekarang 1MDB telah bersih,tidak salah,tidak ada kesilapan dilakukan kerana semuanya berdasarkan laporan Sarawak Report yang dipalsukan.

Dengan kata-kata lain beberapa pihak termasuk Tun Mahathir sendiri mengunakan laporan palsu untuk memburuk dan menjatuhkan Datuk Seri Najib dari jawatan Perdana Menteri.

Dari awal lagi stratijinya adalah tidak bijak. Sepatutnya Bernama digunakan sebagai punca atau penyebar berita mengenai tangkapan Jusco itu atau menggunakan agensi berita asing yang juga boleh diupah seperti upahan besar yang diberikan kepada penulis-penulis blog tertentu. Akan lebih berkeredebiliti jika tidak datang dari akhbar yang diketahui umum terarah dan terkawal.

Jika kritikan dibuat terhadap Tun Dr.Mahathir kerana membuat berbagai tohmahan tanpa menunggu lebih dahulu hasel siasatan PAC dan juga Ketua Audit Negara ,maka demikianlah juga yang kelihatan kepada umum apabila beberapa orang Menteri dan orang-orang Najib menggunakan isu tangkapan Justo.

Bagaimanapun harus diingatkan kedudukan Mahathir adalah sebagai rakyat biasa berbeza dengan kedudukan menteri-menteri kerajaan yang berada pada kedudukan berauthoriti, rasmi dan sah dalam kata-kata dan tindakan mereka yang melibatkan kerajaan.

Saya sendiri telah memberitahu Malaysian Insider bahawa saya selamanya meragukan laporan Sarawak Report yang mempunyai ajenda sendiri terutamanya dalam usaha untuk menjatuhkan Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud bagi kepentingan hak hak asasi manusia dan juga bagi merongkaikan cengkaman bumiputra keatas tanah pusaka di Sarawak supaya mudah jatuh ketangan taukeh-taukeh balak.

Tetapi adalah salah samasekali jika pihak menteri-menteri,pemimpin-pemimpin tertentu atau Perdana Menteri Datuk Seri Najib memikirkan bahawa Tun Dr.Mahathir hanya bergantung kepada laporan Sarawak Report untuk mendedahkan beberapa penyelewengan yang dikatakan telah dilakukan oleh 1MDB.

Sebagai seorang Perdana Menteri selama lebih 22 tahun,semua orang tahu malah orang yang berkerja sekelilingnya lebih tahu bahawa beliau mementingkan fakta yang benar dalam sesuatu isu yang dibangkit dan didedahkannya bagi kepentingan negara.

Dalam kes Anwar Ibrahim beliau tidak mahu percaya tentang kelakuannya yang diadukan oleh beberapa pihak termasuk oleh Ketua Polis Negara sendiri sehinggalah orang yang mengalaminya bercerita sendiri kepadanya.

Saya berkeyakinan Tun Mahathir masih menyimpan banyak lagi "rahsia benar " mengenai 1MDB yang akan didedahkan satu demi satu dan bila perlu akan didedahkan semuanya. Bukan hanya Sarawak Report sumber maklumatnya. - http://zamkata.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.