Followers

Thursday, April 30, 2015

Fasa 2 Jelajah Dr M Serang Jatuhkan PM. Siapa Dalang? -Syed Ali (34) - Posted by Ibnu Hasyim

 
Jaga-jaga gerakan peralat Dr Mahathir jatuhkan Najib - Syed Ali
SYED ALI: Jaga-jaga gerakan peralat Dr Mahathir jatuhkan Najib - Astroawani.

 
LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?  
  
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan? 

KL: SIAPA dalang dibelakang fasa 2 siri jelajah Dr Mahatir serang jatuhkan PM? 

Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya waspada dengan gerakan pihak tertentu memperalatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menyerang Datuk Seri Najib Razak sehingga memaksanya melepaskan jawatan Perdana Menteri.
"Ini semua taktik terbaru pihak tertentu melaga-lagakan sesama pemimpin UMNO dengan tujuan menghancurkan perpaduan orang Melayu di negara ini," tegasnya dalam entri blog beliau.
Ketua UMNO Bahagian Cheras itu mendedahkan terdapat pihak tertentu yang sengaja menganjurkan perhimpunan dengan mengundang Dr. Mahathir memberikan ceramah yang keseluruhannya dilihat sebagai serangan terhadap Najib.

"Saya amat kesal dengan perkembangan itu, ada laporan menyebut Dr. Mahathir telah memulakan siri jelajah fasa kedua untuk menyerang Najib supaya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri," tegasnya.
Tambah beliau, gerakan sedemikian tidak memberi sebarang keuntungan kepada orang Melayu dan UMNO sebaliknya akan melebarkan lagi jurang perpecahan.
"Apa motif pihak penganjur mengadakan ceramah itu dengan menjadikan Dr. Mahathir sebagai alat untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO," katanya.
Syed Ali mengulas laporan beberapa portal yang melaporkan Dr. Mahathir memulakan fasa kedua kempennya terhadap pentadbiran Najib melalui siri jelajah. Portal berita tersebut turut melaporkan bahawa siri jelajah itu sudah bermula Sabtu lalu apabila Dr. Mahathir hadir di sebuah dewan di Hulu Kelang. 
Siapa agaknya dalang tersebut. (IH)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.