Banjir telah berlaku dalam kadar
yang sangat besar dan yang belum pernah kita alami sejak puluhan tahun dahulu.
Hujan lebat telah mengakibatkan banjir yang sangat besar itu dan apa yang kita
mahu tahu kenapa ia berlaku dengan begitu besar sehinggakan ia idak dapat
mengawal kerosakan harta benda rakyat dan awam dan kos kerugian tentunya
melibatkan puluhan billion ringgit.
Kenapa begitu. Bukankah hujan
lebat terutamanya dipantai timor itu sememangnya merupakan fenomena tahunan dan
tidak pernah ia tidak berlaku sejak dari dulu. Jika dahulu banjir dijadikan
pesta untuk kanak-kanak dan dewasa bermain air, kini banjir telah menjadi ganas
dan memusnahkan apa sahaja yang ada kepada rakyat yang terlibat, tidak kira
mereka kaya atau pun miskin.
Sejak Adam dan Hawa lagi hujan
sememangnya turun dengan kadar yang besar disetengah tempat tetapi kenapa kali
ini ia turun tetapi memusnahkan harta benda rakyat dan harta awam dengan begitu
besar? Kenapa air yang turun itu tidak terkawal lagi arusnya dan kenapa bumi
tidak lagi dapat menampung hujan yang turun itu dan mengalir dengan deras ke
lembah-lembah tempat kediaman manusia?
Jika dahulu air yang besar tidak
mengalir dengan cepat ke lembah-lembah dan tanah yang rendah kenapa sekarang
seolah-olah air itu tidak dapat menahan dari mengalir laju dan memusnahkan
semua kehidupan dan ternakan serta harta benda umat yang berada dalam kawasan
air bah itu?
Berbagai-bagai kenyataan kita
dengari dari pihak kerajaan yang banjir itu adalah kerana jumlah air hujan yang
turun itu terlalu besar dan itulah sebab utamanya kenapa banjir dan bah
berlaku. Seperti yang disebutkan tadi hujan lebat itu bukannya datang kali ini
sahaja. Hujan yang lebat itu datang sejak waktu Adam dan Hawa dijadikan Tuhan
lagi dan sejak dunia ini wujud. Tetapi kenapa sekarang ini ia memberikan impak
besar dan memusnahkan kehidupan orang ramai terutamanya dikawasan-kawasan yang
terlibat.
Tuhan telah menyediakan tempat
air yang jatuh melalui hujan itu dengan pasak-pasak bumi yang asli, iaitu
pokok-pokok dan pohon yang rimbun untuk menampung jumlah air yang ditutunkan
Tuhan itu. Itu sebabnya kita sejak dari dulu lagi telah memberikan peringatan
yang kita tidak wajar melanggar kemahuan dan teguran Tuhan yang menebang serta
menebas pokok-pokok dan pohon-pohon serta hutan rimba itu adalah salah dan
berdosa besar.
Tetapi teguran dan pandangan
pihak yang bertanggungjawab dan memahami sistem ekoloji bumi ini yang
pembalakan yang terlalu berluas-luasa di negara ini akan akhirnya membawa padah
yang tidak dapat diukur lagi jumlah kemusnahannya. Nyata sekali banjir ini
adalah hasil dari kerja tangan manusia yang rakus dan menebang dan menebas
pohon-pohon dan hutan belantara untuk mendapatkan laba besar hanya dengan
menggunakan kekayaan sumber alam kita.
Pembalakan di negara kita ini
dilakukan oleh semua pihak dan dari setiap lapisan sosial rakyat. Ia dilakukan
oleh orang biasa sehingga kepada tahap sosial yang tertinggi iaitu yang
mendiami Istana-Istana indah di negara ini. Tidak ada mana pihak yang mampu
untuk menyekat mereka yang begitu berpengaruh ini dari menebang dan menebas
hutan belantara, pasak bumi ciptaan Tuhan yang Maha Esa itu. Rakyat selama ini
hanya melihat tanpa mampu berbuat apa-apa segala tindakan mereka yang
berpengaruh dan berkuasa membotakkan hutan belantara di negara ini.
Jika rakyat biasa seperti kita
ini membuat kenyataan yang membangkang tindakan mereka ini, kita juga yang akan
menerima hukuman dan padah dari mereka yang berkuasa ini.
Bukan rakyat tidak tahu yang
sebahagian dari hasil dari pembalakan ini dihabiskan ditempat-tempat dan pusat
perjudian yang terkenal di dunia ini, tetapi apakan daya, kata orang 'kita ini
mentimun mereka itu pisau'. Apa pun timun jugalah yang menerima padahnya jika cuba
untuk menegur dan menahan dari mereka yang berkuasa ini membotakkan hutan
belantara ini.
Sekarang ini berbagai-bagai pihak
sedang berusaha untuk membantu ratusan ribu manusia yang terlibat dengan bah
besar ini. Tidak dapat dipastikan samada pemulihan keadaan dari kehancuran
akibat banjir ini akan selesai sebelum banjir akan kembali tiba pada musim tengkujuh yang akan tiba lagi setiap tahun.
Akibatnya sekarang ini rakyat
biasa berperang untuk menyelamatkan kehidupan mereka tetapi manusia yang
menjadi penyebab kepada banjir ini bersuka ria dan berjoli di atas kesengsaraan
rakyat yang ramai-ramai dalam kesusahan ini.
Kedatangan banjir kali ini ibarat
‘sudah jatuh ditimpa tangga’. Sedang rakyat bergawat dengan kos sara hidup yang
tinggi dengan kedatangan GST dan berbagai-bagai lagi datang pula banjir yang
telah meragut banyak nyawa dan menanggung kesusahan hasil dari banjir pula.
Setelah ‘ditimpa tangga’, apa
pula yang akan menimpa kita selepas ini. Yang pastinya banjir dan bah akan
sampai lagi pada penghujung tahun ini. Dalam pada itu hutan belantara masih
rakus di tebang dan ditebas dan akan menyumbang lagi kepada pengaliran air yang
tidak terkawal dalam jumlah yang lebih besar lagi.
Hanya Tuhan sahaja yang boleh
membantu kita selepas ini. Kita memerlukan rahmat dan syufaat dari junjungan
besar kita sahaja untuk memperbetulkan keadaan ini. Bila rahmat dan syufaat itu
akan tiba tidak siapa yang tahu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.