ISTERI SAIFUL TERUS DIHENTAM KERANA ISU LIWAT
ISTERI SAIFUL TERUS DIHENTAM KERANA ISU LIWAT | Paling
tak sedap didengar, ada pula yang memuatkan dalam media sosial turut
menghentam isteri Saiful yang kononnya tak patut berkahwin dengan lelaki
yang telah diliwat."Kalau dia bohong, dialah tanggung dosa. Betul atau
tidak, apa yang dia buat adalah untuk mempertahankan maruah dia.
"Lebih teruk lagi, apa kaitan kes ini dengan isterinya, Nik Suryani Megat Deraman,?"
Tidak
juga menyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Datuk
Seri Anwar Ibrahim, tetapi bagi Shamsiah Harun, orang ramai sepatutnya
lebih berfikiran terbuka daripada terus menjatuhkan hukuman kononnya
Saiful memfitnah.
"Bagi
saya, cukup-cukuplah menghentam Saiful. Memang berat tuduhan yang
dikenakan ke atas Anwar tetapi pada masa sama, Saiful dan isterinya juga
terpaksa menanggung malu dan cemuhan masyarakat sekeliling hampir
setiap hari.
"Banyaklah
perkara-perkara yang tersebar untuk bacaan umum yang saya lihat hanya
akan mengaibkan isteri dan keluarga mentuanya padahal mereka tidak ada
kaitan dengan kes liwat tersebut,” katanya ketika ditemubual
Jelasnya, adalah tidak adil jika orang lain seperti isteri Saiful dikutuk sesuka hati sepanjang kes itu berjalan.
"Kita
tak tahu siapa yang betul, siapa yang salah dan keputusan hanya akan
diketahui setelah Mahkamah Persekutuan memberi kata putus.
"Ramai
yang membuat andaian berdasarkan hukum logik akal. Kononnya tak masuk
akal Saiful tak buang air besar dua hari selepas diliwat dan tak
munasabah Saiful tak melawan ketika diliwat serta banyak lagi andaian
lain.
"Logik atau tidak, semuanya keluar dari mulut Saiful dan siapalah kita yang hendak menolak kata-katanya itu," ujarnya.
Tambahnya, kehadiran orang ramai yang menyokong Saiful membuktikan masih ada yang yakin apa yang dilalui itu adalah benar.
"Apa
yang penting, kalau tidak yakin dengan kata-kata Saiful, tak perlulah
membabitkan isterinya yang kini telah pun menjadi ibu hasil
perkahwinannya denga Saiful setahun lalu," katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.