Dasar
Khalid mula dipertikai pada pertengahan 2012 apabila menolak banyak
cadangan projek-projek kecil DUN untuk pilihan raya. Tanpa projek-projek
kecil tersebut, ADUN sukar memperlihatkan mereka 'bekerja' di kawasan
masing-masing. Parti juga tidak mungkin menjana wang menghadapi pilihan
raya umum. Mereka terpaksa meminta derma.
Khalid berlagak seolah-oleh mentadbir negeri di Eropah yang mana kerajaan memberi dana berkempen kepada setiap parti bertanding dengan tujuan parti yang menang tidak akan terikat kepada kapitalis yang menyumbang dana.
Akibatnya, dalam pilihan raya umum lalu banyak DUN tidak mampu memberi elaun kepada petugas memasang bendera dan poster. Mujurlah negara dilanda gelombang ‘Ini Kalilah’ - dengan harapan memerintah Putrajaya - PR Selangor mendapat undi yang lebih banyak berbanding 2008.
Langat 2 pro BN
Selepas PRU, Khalid dinasihatkan agar mengubah perangai. Beliau diminta lebih menghargai pendapat ADUN-ADUN dan pemimpin parti yang meletakkan beliau ditangga kuasa. Malangnya, Khalid menjadi lebih degil daripada sebelumnya.
Banyak keputusan dibuat sendiri dan hanya dirundingi bersama setiausaha Arfaezah dan Faekah serta beberapa pegawai dari GLC kerajaan negeri. Salah satu yang menimbulkan kemarahan pemimpin PR ialah projek Langat 2 yang hanya dibawa ke pengetahuan Exco selepas MB memberi persetujuan kepada MoU Kerajaan Persekutuan.
Langat 2 tidak sepadan dengan tukaran mengurus aset air Selangor, sedangkan kroni BN mendapat untung berpuluh juta melalui projek bernilai lebih RM2 bilion itu. Tarif air juga dijangka naik apabila kerajaan persekutuan campur tangan dalam industri air Selangor. Sebagai langkah memantau Khalid berhubung isu air, Majlis Presiden PR melantik tiga pemimpin politik Selangor sebagai penasihat.
Malangnya, sehingga setengah tahun kemudian, Khalid masih enggan bertemu anggota majlis penasihat itu, apatah lagi menerima nasihat yang diusulkan. Hal itu diakui sendiri oleh salah seorang daripada anggota panel, Dr Dzulkifly Ahmad (Sinar Harian, 21 Jun).
Kidex menyusahkan
Khalid juga membuat keputusan sendiri apabila berdegil meneruskan projek lebuh raya Kidex yang dibantah penduduk Petaling Jaya. Konsesi lebuh raya yang diluluskan pada 2012 itu dimiliki oleh kroni Umno yang terlibat menjatuhkan kerajaan PR Perak pada 2009.
Bagaimanapun, bukan itu isu utama. Kidex dianggap penduduk Petaling Jaya sebagai pengkhianatan kerajaan PR terhadap rakyat. Beberapa ahli parlimen DAP, seperti Tony Pua dan Gobind Singh Deo mengkritik secara terbuka projek itu yang dijangka menambahkan lagi kesesakan trafik. Lebuh raya sewajarnya dipersetujui penduduk yang bakal menggunakannya, bukan kerajaan memaksa pembinaan dan menyusahkan perjalanan trafik penduduk tempatan.
Khalid berkeras tidak mendengar pendapat jawatankuasa penduduk yang menentang Kidex, sebaliknya cenderung menyokong pemaju yang ingin untung segera dengan perjanjian konsesi tol kira-kira 48 tahun lamanya.
Rampasan Bible
Kes rampasan Bible dan serbuan ke majlis perkahwinan pasangan Hindu satu lagi perkara yang merosakkan kredibiliti kerajaan PR Selangor. Kelemahan Khalid ialah terlalu memberi muka kepada Mais. Serbuan dan rampasan Bible tidak berlaku semasa Umno memerintah Selangor. Biarpun wujud enakmen mengawal penyebaran agama bukan Islam sejak 1988 dan Bible bahasa Melayu telah lama tersebar sebelum itu. Jadi siapakah dalang serbuan dan rampasan Bible ketika PR memerintah?
Mais menggambarkan mereka mempunyai kuasa eksekutif yang diberi Sultan. Kerajaan negeri lebih rendah dan tidak boleh memberi arahan kepada mereka. Namun kuasa itu tidak wujud pada zaman Umno. Rujuk serbuan Jais dalam kes pertandingan ratu cantik pada hujung 1990an lalu.
Serbuan itu sah dilakukan ke atas orang Islam dan Jais tidak memerlukan kelulusan dari exco sebagaimana serbuan ke atas bukan Islam. Tetapi MB Umno ketika itu menempelak Jais dan memalukan badan penguatkuasa itu berhari-hari lamanya dalam media arus perdana. Mufti Selangor Datuk Ishak Baharom tidak disambung kontrak akibat konflik itu.
Tidak wujud pun kuasa Mais, Jais apalagi kuasa Sultan dalam isu ini.Apa yang dilihat hanya kuasa MB Umno mengatasi segala-galanya.
PAS mendakwa sabotaj melibatkan hal agama itu adalah ‘tangan-tangan ghaib’ Umno dalam Agenda Rampas Selangor, satu projek jangka panjang parti itu dari 2012 hingga PRU ke 14. Sementara Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa Mais menerima arahan dari Umno. Malah Ketua Pengarah Mais yang dilantik Istana, Datuk Mohamad Adzib adalah ahli Umno. PAS menggesa MB agar jangan tunduk kepada ARS.
Kedekut beri peruntukan
Sikap Khalid yang paling tidak digemari adalah perangai kedekutnya melayan kehendak ADUN meminta peruntukan. Seorang Exco pernah berkata beliau terpaksa menyediakan tujuh atau lebih kertas kerja untuk satu projek di kawasannya. Adakah perlu cara membida projek di Guthrie dipraktikkan Khalid dalam pentadbiran negeri? Kertas kerja sepatutnya minimum kerana projek ADUN melibatkan rakyat yang menanti pembelaan kerajaan negeri.
Itu tidak termasuk cerita lucu, apabila projek dibawa ke meja Khalid, beliau mengeluarkan kalkulator dan memotong kos sehingga kontraktor hampir tiada untung. Sekiranya bangunan yang dibina kerajaan Selangor roboh beberapa tahun akan datang maka umum faham apakah puncanya.
Pemimpin PKR muak dengan telatah Khalid, oleh itu mereka merasa lega apabila Anwar merancang Langkah Kajang pada Januari lalu untuk mengambil alih kerusi MB. Malangnya Umno BN menghukum Anwar dengan penjara 5 tahun. Khalid selamat.
Kutipan pasar malam
Menurut bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Dr Rani Osman, beliau pernah memberitahu Khalid parti itu tidak berminat menukarnya tetapi Khalid mestilah berubah. Ketika itu sokongan kepada Khalid diperolehi dari PAS dan dua per tiga ADUN DAP. Manakala hampir seluruh ADUN PKR menolak Khalid
Namun pada Jun, PAS juga tidak sebulu dengan Khalid apabila MB itu menghalang JKKK mengutip sewa tapak pasar malam. Sewa dipindahkan kepada PBT dengan alasan berlaku penyelewengan.
Hal itu menjadi tamparan hebat kepada kegiatan akar umbi parti-parti PR. Tanpa dana gerak kerja kemasyarakatan mustahil dilakukan; gotong royong, kenduri rakyat, pertandingan sukan untuk anak muda tidak akan terjadi jika mengharapkan peruntukan DUN yang tidak seberapa. Kampung-kampung juga semakin terbiar apabila tidak mampu melaksanakan program rakyat.
Manakala DAP marah kepada Khalid kerana terlalu mengikut nasihat SPAN dalam catuan air sejak Mac lalu. Sedangkan empangan Sungai Selangor mampu membekalkan air secukupnya kepada penduduk di Lembang Kelang.
Wan Azizah ganti Khalid
PAS dan DAP berpendapat Khalid wajar digantikan oleh calon yang lebih berwibawa dan pandai berpolitik. Calon itu tidak lain adalah presiden PKR Dr Wan Azizah. Setelah tokoh koporat gagal menangani pelbagai masalah, seorang doktor mata dilihat lebih mampu untuk memimpin Selangor.
Azizah dijangka lebih mudah mengagihkan peruntukan DUN berbanding Khalid yang menyimpan wang Selangor sebanyak RM3 bilion tetapi sebahagian PBT terdesak sehingga gagal memotong rumput sebulan sekali atau membersihkan sampah yang berlonggok-longgok kerana tiada wang menender kontraktor.
Wan Azizah juga telah teruji kehebatan politiknya menghadapi cabaran BN di Pulau Pinang selama dua penggal dan pernah menjadi Ketua Pembangkang wanita pertama di Parlimen Malaysia.
Menurut PAS, jika langkah drastik menggantikan Khalid tidak diambil, maka Selangor tidak dapat diselamatkan pada PRU 14. Pemimpin PR diharap bertegas dan menyerang Khalid yang akan berlindung di sebalik Sultan Selangor bagi menyelamatkan kuasanya.
Manakala Umno pula jangan mengambil kesempatan dan memperlecehkan langkah PR menggantikan Khalid kerana mereka juga telah melakukannya di Terengganu sehingga negeri itu secara teknikalnya tiada kerajaan majoriti selama dua hari pada bulan Mei lalu

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.