Myanmar Celaka Yang Tak Kenang Dek Untung!
Macam ni perangai bila dapat perlindungan di sini
Adakah ini mengundang simpati atau benci?
Adakah ini mengundang simpati atau benci?
Melaka: Empat
lelaki warga Myanmar berputih mata apabila bukan saja tidak sempat
menikmati hasil samun membabitkan seorang peniaga barang kemas dan batu
permata bernilai RM100,000, malah mereka turut dicekup 27 jam selepas
melakukan jenayah itu dalam dua serbuan berasingan di Selangor dan Kuala
Lumpur.
Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah
berkata, keempat-empat mereka melakukan samun bersenjata ke atas seorang
lelaki Myanmar berusia 37 tahun yang ketika itu sedang tidur di rumah
bersama tiga anak saudara lelakinya berusia 15 hingga 18 tahun di Taman
Seri Telok Mas, Telok Mas, di sini, jam 1.30 pagi, Jumaat lalu.
Menurutnya,
ketika kejadian semua mangsa diikat sebelum keempat-empat penjenayah itu
menyelongkar kediaman berkenaan dan melarikan barang kemas, wang tunai
serta barang berharga milik mangsa.
“Hasil laporan
dibuat mangsa, satu serbuan dilakukan di sebuah rumah di Jalan Sungai
Putus, Klang, Selangor, jam 10.45 malam pada hari sama dan menahan
seorang lelaki berusia 22 tahun yang juga ketua kumpulan dikenali
sebagai Geng Ismail.
RAJA Shahrom (kanan) menunjukkan rantai emas hasil rampasan pada sidang media, semalam
ANTARA barangan samun yang dirampas dalam serbuan.
“Ketika disoal siasat, suspek mengaku merancang dan melakukan samun ke atas mangsa.
“Susulan
penahanan itu, satu lagi serbuan dilakukan di sebuah apartment di Taman
Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpur, jam 5 pagi keesokan harinya dan
menahan tiga lelaki Myanmar berusia 19 hingga 22 tahun,” katanya pada
sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, di sini, semalam.
Hadir sama,
timbalannya Superintendan PR Gunarajan, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah Deputi Superintendan Gan
Chip Pho dan Pegawai Risikan/Operasi IPD Melaka Tengah Asisten
Superintendan Koh Teck Chew.
Raja Shahrom
berkata, siasatan awal mendapati ketua kumpulan berkenaan mempunyai kad
pengenalan bertaraf penduduk tetap, manakala tiga yang lain tidak
mempunyai pengenalan diri dipercayai pemegang kad Suruhanjaya Tinggi
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian.
“Hasil serbuan
di apartmen berkenaan, kami merampas 20 telefon bimbit pelbagai jenama,
cincin (57), rantai emas (23), keris (4), gelang tangan (9), plet
berbentuk bulat (9), pedang samurai (1) dan topeng muka (1).
“Kami percaya
semua barang kemas berkenaan hasil samun dilakukan ke atas mangsa, malah
kumpulan ini juga dipercayai giat melakukan kegiatan samun di sekitar
Cheras dan Kuala Lumpur,” katanya.
Menurutnya,
semua suspek ditahan reman tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat
di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan
menggunakan senjata.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.