Followers

Thursday, October 31, 2013

Apa terjadi kepada Malaysia jika Dr Mahathir masih lagi PM? OLEH EILEEN NG


 
Sedekad lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) telah meninggalkan pejabatnya sebagai Perdana Menteri dan juga Presiden Umno.

Adakah Malaysia akan berubah jika beliau masih lagi memegang jawatan berkenaan?

Walaupun mempunyai perbezaan pendapat, penganalisis politik tanah air bersetuju dengan satu perkara - Dr Mahathir tidak akan bertolak ansur dengan perkara melibatkan agama dan perkauman yang kini sedang berlaku di negara ini.

Ini bermaksud beliau akan menjalankan pentadbiran dengan undang-undang yang lebih ketat demi kestabilan politik.

Ia turut bermakna akta pencegahan seperti Akta Keselamatan Negara (ISA) yang memperuntukkan penahanan tanpa bicara dan Akta Ordinan Darurat (EO) tidak akan dimansuhkan.

"Pentadbiran yang kuat dan berdisiplin membayangkan kerajaan Mahathir. Mengenali beliau, saya tidak rasa beliau akan berubah walaupun masih mentadbir," kata penganalisis politik UiTM Sabah Dr Arnold Puyok.

Selain itu, Dr Mahathir juga tidak akan membiarkan skandal seperti Zon Bebas Cukai Pelabuhan Klang (PKFZ) dan juga skandal projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) bernilai RM250 juta.

"Beliau menguruskan kerajaan yang tegang dan akan berupaya mencari jalan menyembunyikan skandal berkenaan sebelum ia terdedah kepada umum," kata penganalisis politik Khoo Kay Peng.
Dalam sepuluh tahun kebelakangan ini, pelbagai kejadian berlaku.

Selain PKFZ dan NFC, kekalahan majoriti dua pertiga kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013, perhimpunan Bersih, gerakan Hindraf dan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat. 

Projek kesayangan Dr Mahathir seperti pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris yang mana beliau percaya akan mengembangkan ekonomi negara mungkin akan diteruskan namun ia bakal dilakukan dengan lebih telus.

Beliau juga akan menghadapi rasa tidak senang orang ramai disebabkan perubahan landskap politik termasuk perkembangan internet, yang beliau janjikan untuk tidak ditapis.

Dr Mahathir turut bakal mendapati beliau tidak lagi mampu untuk bertahan dengan media tradisional seperti televisyen dan akhbar untuk membentuk minda rakyat, seperti dilihat dalam dua pilihan raya umum, kata penganalisis politik Universiti Malaysia Sarawak Dr Jeniri Amir.

"Beliau akan cuba mengawasi dan meluahkan pendapatnya melalui logik dan pengaruh. Namun perkembangan politik, akan membuatkan beliau sukar untuk mengawalnya dan sudah pasti akan berlaku konflik antara rakyat.

"Suka atau tidak beliau perlu menerima pendapat dan tuntutan rakyat. Sukar menyembunyikan isu kerana rakyat ada banyak cara untuk mendedahkannya," katanya.

Pengarah Centre for Policy Initiative Dr Lim Teck Ghee berkata rakyat akan mula menolak Barisan Nasional (BN) dan Umno, dan bukannya respons terhadap personaliti keras dan pengaruh Dr Mahathir.

"Ia respons terhadap kerajaan yang teruk dan polisi ekonomi yang gagal diletakkan BN termasuk gejala rasuah yang berleluasa."

Lim turut berkata walaupun Dr Mahathir dilihat membenarkan kewujudan Perkasa, beliau tidak mungkin akan melaksanakannya ketika masih menjadi perdana menteri.

"Sebahagian tindakan dan kenyataan kerasnya disebabkan untuk menonjolkan kelemahan perdana menteri baru, sama ada Abdullah Badawi atau Najib Razak dan betapa negara akan lebih baik dengan pemerintahannya daripada bukti sokongan ekstremisme. "

Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pemerintahan negara daripada Dr Mahathir pada 2003 selepas beliau bersara.

Selepas prestasi memalukan BN pada Pilihan Raya 2008, Abdullah berundur dan digantikan dengan Najib pada 2009.

Adakah Malaysia akan menjadi tempat yang lebih baik sekiranya Dr Mahathir masih lagi berkuasa? - 31 Oktober, 2013.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.