Followers

Monday, July 15, 2013

Parlimen: Tidak Boleh Keluar KWSP Untuk Bayar Hutang Kad Kredit - Ahmad Maslan


http://newsdata2.bernama.com/bernama/newspic/am/FW288085_PTJ04_080713_MAS_POLAND-scr.jpg
"Daripada Januari hingga Mac tahun ini, 257 diisytihar bankrap akibat hutang kad kredit atau 5.5 peratus dari 4,925 orang bankrap" 
 
(Bernama) - Kerajaan tiada cadangan untuk membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menyelesaikan kes bangkrap akibat hutang kad kredit.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata ini kerana pengeluaran wang KWSP hanya dibenarkan untuk tujuan persaraan atau untuk tujuan tambahan nilai simpanan itu.

Sehubungan itu, katanya, pengeluaran untuk tujuan melangsaikan hutang kad kredit atau hutang-hutang lain adalah tidak selaras dengan prinsip KWSP sebagai organisasi keselamatan yang menyediakan wang jaminan untuk persaraan.

"Pengeluaran seumpama itu akan mengurangkan jumlah simpanan dan menjejaskan kecukupan jumlah simpanan apabila bersara kelak," katanya ketika menjawab soalan Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini Isnin.

Nawawi ingin tahu adakah kerajaan akan meluluskan pengeluaran KWSP bagi mereka yang menghadapi masalah bankrap akibat hutang kad kredit.

Ahmad Maslan berkata jumlah mereka yang diisytihar bankrap di Malaysia akibat kad kredit adalah kecil iaitu hanya 1,284 orang atau 6.6 peratus daripada jumlah keseluruhan 19,575 yang diisytihar bankrap pada 2012.

"Daripada Januari hingga Mac tahun ini, 257 diisytihar bankrap akibat hutang kad kredit atau 5.5 peratus dari 4,925 orang bankrap," katanya.

Sementara itu, menjawab soalan Nawawi adakah kerajaan akan melaksanakan penghapusan automatik hutang kad kredit dalam satu tempoh tertentu seperti dilakukan di sesetengah negara seperti Kanada, Ahmad Maslan berkata buat masa ini kerajaan tiada perancangan itu. 



Malaysia Today

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.