BESUT - BN mendakwa Pas hanya perkakas DAP dan PKR apabila sanggup tunduk kepada dua parti tersebut dalam banyak perkara.
Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, rakyat perlu bijak menilai untuk memilih parti mana yang dapat membela orang Melayu dan Islam pada masa sekarang dan jangka panjang.
Dakwanya, di sesetengah tempat, Pas memberitahu ia tidak mahu menjaga orang Melayu, tetapi menjaga Islam walau apapun bangsa mereka. “Mereka kata Pas bukan lagi untuk orang Melayu sahaja tetapi untuk Islam sedangkan kita juga perjuang untuk Islam dan bangsa Melayu juga tidak dipinggirkan. Kita tingkatkan syiar Islam di negara ini.

“Jika Pas perintah di Terengganu, jangan ingat DAP atau PKR tidak boleh
campur tangan dan Pas kena banyak jaga hati kedua-dua parti itu dalam
banyak perkara,” katanya.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berucap demikian ketika hadir pada program Jabatan Perkhidmatan Veterinar bersama Penternak Dun Kuala Besut di sini, semalam.
Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha, Datuk Raihan Sharif, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri Terengganu, Nawi Mohamad dan Pengarah Jabatan Veterinar Terengganu, Dr Marzuki Zakaria. ~sinar harian

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.