Rasanya
tak berapa kena kalau saya tak ceritakan beberapa orang kawan didalam
PAS yang seangkatan dengan saya atau yang lebih lama sedikit dari saya
tetapi sempat bergerak bersama. Diantara mereka adalah Mat Sabu, yang
saya panggil dia sekarang ini Pahlawan. Sesuai dengan panggilan
Pahlawan kerana kesungguhan dan keberaniannya.
Dia bukanlah dari golongan Ustaz dan jauh sekali Ulamak. Dia mendahului
zamannya kerana dari mula dia melangkah diri didalam PAS, di sudah
menentang arus dengan cara pakaiannya.
Dia tidak memakai kopiah, malah tidak bersongkok, jauh sekali dia nak
pakai sarban, dia cakap mudah-mudah, dan dia diantara yang sangat
berjaya jika dia nak bercerita tentang sesuatu kejadian. Kalau orang
lain bawa cerita begitu, tak mendatangkan apa-apa makna yang berkesan.
Ambik satu cerita tentang kutu beruang. Tentu ada yang masih ingat
tentang cerita kejadian kutu beruang yang masa itu melanda negeri Kedah.
Cara dia melakarkan cerita itu mengenai serangan kutu beruang yang
memenuhi jalan-jalan raya di kawasan-kawasan yang bersawah-padi, begitu
banyak kutu beruang sehingga menyebabkan jalan-jalan itu berbahaya untuk
kenderaan-kenderaan, sehingga kereta-kereta itu boleh termasuk kedalam
sawah padi kerana jalan-jalan itu menjadi licin.
Mohammed Sabu menjadi icon anak-anak muda, jikalau ceramah-ceramah PAS
sudah menjadi lesu, panggillah Mat Sabu, Insya Allah, ceramah-ceramah
itu akan bermaya balik dengan ribuan hadirin akan datang.
Penyokong-penyokong PAS suka mendengar kuliyah2 ugama, dan jika didalam
ceramah-ceramah PAS pula, mereka lebih suka kalau ada Ulamak dan
Non-Ulamak. Slot untuk non-Ulamak itu akan menjadi lebih berjaya jika
Mat Sabu menghadirinya. Jika pada hari ini memang senang untuk mencari
gandingan itu kerana diantara penceramah-penceramah dari PKR boleh
mengisi ruang itu.
Saya mengenali Mat Sabu dari ketika dia belum reti atau pandai
berceramah. Di peringkat awal dia menyertai PAS saya menjemputnya untuk
berceramah di beberapa rancangan Felda termasuk Jengka 24. Masa itu
bukanlah macam sekarang ni. Kalau ceramah itu dihadiri oleh 100 orang
sudah dianggap berjaya. PAS tidak ada dihati orang Pahang pada waktu
itu.
Ceramah Mat Sabu mendatar sahaja. Tetapi selepas beberapa bulan, sudah
jauh perbezaan diantara Mat Sabu 3 bulan dahulu dengan Mat Sabu selepas 3
bulan. Saya pernah dijemput berceramah di Pulau Pinang, di tempat
ceramah itu ada Mahfuz Omar, saya baru kenal dengannya di ceramah itu.
Malam itu juga ada Omar Othman, bekas Timbalan Dato Bandar George Town,
seorang penceramah yang prolifik. Omar adalah bekas pemimpin PSRM.
Mendengar Mat Sabu berceramah pada malam itu semacam saya mendengar
ceramah Omar Othman.
Saya tidak ingat diatas peristiwa apa kami semua berada di Markaz PAS
Kedah. Di sana kami bertiga sedang berbincang-bincang tiba-tiba lalu
seorang yang berpakaian baju Melayu, bersarban kemas, dan memakai kain
pelaikat. Dia melintasi kami bertiga dan menegur kami dengan kata-kata
yang tidak menyeronokkan saya, katanya: "Patutlah PAS tak pernah menang
kerana ada pemimpin-pemimpin yang tak pakai cara Sunnah." Saya terasa
tersinggung, tetapi Mat Sabu dan Mahfuz tampak senyum saja.
Saya menjawab, "Yang Pak Cik tak pakai cara Sunnah ni kenapa? Baju
Melayu dan berkain pelaikat, rasanya semacam pakaian orang India." Pak
Cik tu nampak marah, dia terus pergi. Mat Sabu menegur saya, "Hang tau
tu sapa? Itulah Pak Ya, Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah, seorang yang
sangat disegani di Kedah ni."
Isu pakaian sunnah ini menjadi satu perbahasan di dalam satu Muktamar
PAS dengan macam-macam pandangan khususnya daripada yang bukan ulamak
tetapi semua terdiam apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz memberikan
pandangan beliau bahawa menutup aurat itu adalah pandangan yang betul.
Nak pakai coat pun boleh, nak pakai jubbah pun boleh, nak pakai kain
pun boleh, pakaian yang menutup aurat itu adalah pakaian Islam.
Baanyak pandangan dari Nik Aziz dapat mematikan banyak perbincangan. Pada masa itu banyak pandangan mengatakan supaya pemimpin-pemimpin PAS yang layak supaya beristeri lebih dari satu untuk membantu golonan Muslimat khususnya ibu tunggal di kalangan Muslimat PAS. Hujah ini dimatikan begitu saja apabila Tuan Guru Nik Aziz menyatakan bahawa sesiapa yang mampu dan berhajat, bolehlah kawin dua, atau tiga, tetapi dia sendiri memilih untuk tidak berkahwin lebih dari satu.
Baanyak pandangan dari Nik Aziz dapat mematikan banyak perbincangan. Pada masa itu banyak pandangan mengatakan supaya pemimpin-pemimpin PAS yang layak supaya beristeri lebih dari satu untuk membantu golonan Muslimat khususnya ibu tunggal di kalangan Muslimat PAS. Hujah ini dimatikan begitu saja apabila Tuan Guru Nik Aziz menyatakan bahawa sesiapa yang mampu dan berhajat, bolehlah kawin dua, atau tiga, tetapi dia sendiri memilih untuk tidak berkahwin lebih dari satu.
Selepas itu isu pakaian Islam tidak lagi dibincangkan di Muktamar PAS
dan berkahwin lebih dari satu tidak lagi dibincangkan didalam Muktamar
PAS.
Mat Sabu apabila merujuk kepada UMNO sentiasa menyebut UMNUUU. "Tak ada
jalan raya ni kalau tak ada UMNUUUU; tak ada sekolah ni kalau tak ada
UMNUUU; tak ada balai raya ni kalau tak ada UMNUUU!!!" Dia suka mengejek
begitu dengan reaksi gelak ketawa orang ramai.
Anwar adalah penceramah paling hebat, dan kehebatan Anwar kerana dia
sentiasa mendedahkan kelemahan kerajaan dengan fakta-fakta yang padat;
Mat Sabu menarik minat penyokongnya dengan andaian yang sukar
dibandingkan dengan lain-lain penceramah.
Semasa kami sama-sama ditahan dibawah ISA pada tahun 1985, saya dihantar
ke Kem Tahanan Kemunting dan Mat Sabu dibuang daerah ke Kuala Pilah.
Semasa kami ditahan di bawah ISA dibawah Operasi Lalang, kami sama-sama
dimasukkan ke blok yang sama di Kem Tahanan Kemunting bersama-sama
dengan Mahfuz Omar, Khalid Samad dan beberapa puluh yang lain yang
termasuk juga (?) Anak Rimau yang dituduh menyelewengkan agama Islam.
Walaupun semasa ditahan bersama itu terdapat dua tiga orang ustaz,
tetapi Mat Sabu kami pilih menjadi Imam kami bergilir-gilir dengan
Khalid Samad.
Didalam PAS amat sukar untuk perwakilannya memilih non-Ulamak atau
non-Ustaz menjadi pimpinan parti itu dihampir semua level. Tetapi
keyakinan Mat Sabu menawarkan dirinya menjadi calon Timbalan Presiden
parti itu dapat dibayangkan bahawa beliau adalah seorang yang sangat
yakin dan berani. Saya sungguh tidak menjangkakan bahawa beliau boleh
mengalahkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, tetapi kejayaannya mengatasi
Ulamak PAS itu membayangkan bahawa beliau mempunyai sokongan meluas dari
kalangan perwakilan PAS.
Jika orang PAS ingin mengakuinya bolehlah saya mengatakan bahawa Mat
Sabu adalah penghubung diantara orang ramai (yang bukan PAS) kepada
Parti itu yang berpayung di bawah kepimpinan Ulamak.
Mat Sabu ternyata mampu memimpin Parti Islam dan mampu menaikkan imej parti itu dikalangan orang-orang bukan PAS.
(...bersambung...)
Lubok Kawah.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.