Memahami ulasan Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar berhubung
kenyataan Rafizi Ramli kononnya ada pemimpin tertinggi SPR mengenali
rapat dengan Mohamad Salleh orang yang
dikatakan bertanggungjawab mengurus untuk mendapatkan tander membekal
dakwat kekal untuk pilihan raya umum lalu, membayangkan Wan Ahmad tidak
mahu mengheret Ahli Parlimen Pandan itu ke mahkamah.
Ketika mengulas berhubung kenyataan Rafizi yang dibuat di luar parlimen kelmarin, Wan Ahmad hanya melahirkan rasa kesal kepada Rafizi kerana membuat kenyataan fitnah dan beliau enggan melayan Rafizi yang dianggap memfitnahnya.
Sikap Wan Ahmad itu mengecewakan orang ramai yang menanti-nanti kes itu dibawa ke mahkamah.
Sebelum ini, Wan Ahmad ataupun Aziz Yusuf dikira tidak ada hak untuk membawa Rafizi ke mahkamah kerana beliau membuat tuduhan itu di dalam dewan. Apa-apa kenyataan yang dibuat di dalam dewan tertakluk kepada imunniti dewan bagi seseorang ahli parlimen.
Bagaimanapun, untuk membolehkan Aziz dan Wan Ahmad mengambil tindakan terhadapnya, Rafizi membuat kenyataan di luar dewan tidak sampai tiga jam selepas diminta oleh Speaker berbuat demikian untuk memberi peluang kepada Wan Ahmad dan Aziz Yusuf.
Apakah Wan Ahmad atau Aziz kurang berani untuk membawa Rafizi ke mahkamah kerana bimbang mahkamah akan melondehkan sesuatu yang masih menjadi tanda tanya itu?
Persepsi akan timbul kalau mereka berdua tidak menyaman Rafizi, kemungkinan benarlah Aziz dan Wan Ahmad mengenali rapat dengan Mohamad Salleh? - msomelayu.blogspot.com, 21 Julai, 2013.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.