Followers

Monday, July 22, 2013

Jangan UNDI BN Di Kuala Besut.....

Zahid harap pengundi tidak terjebak dengan taktik psikologi PAS.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta pengundi tidak terjebak dalam taktik dan permainan psikologi yang dimainkan pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

"Saya merayu dan menyeru Kuala Besut jangan terjebak dengan kempen reverse psikologi pembangkang," kata Naib Presiden Umno itu pada sidang media di Pusat Taktikal PDRM di Kuala Besut petang tadi.

Katanya, pembangkang memutar belit kenyataan dengan menyatakan mereka sebagai penyebab utama bantuan dihulurkan BN setiap kali kerajaan memberi sumbangan kepada rakyat.

"Mudah sungguh kempen mereka, tidak perlukan modal langsung," " katanya, sinis.

PAS hari ini mempertikai perbuatan BN memberi bantuan ad hoc dalam kempen PRK Kuala Besut yang kini dianggar hampir setengah bilion ringgit.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli mempersoal sumber dana  yang tidak melalui peruntukan belanjawan yang dibuat kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.

BN setakat ini mengumumkan 10 projek dan bantuan untuk penduduk Kuala Besut yang dianggar bernilai RM387,490,750.

 Photo: Zahid harap pengundi tidak terjebak dengan taktik psikologi PAS

July 21, 2013

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta pengundi tidak terjebak dalam taktik dan permainan psikologi yang dimainkan pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

"Saya merayu dan menyeru Kuala Besut jangan terjebak dengan kempen reverse psikologi pembangkang," kata Naib Presiden Umno itu pada sidang media di Pusat Taktikal PDRM di Kuala Besut petang tadi.

Katanya, pembangkang memutar belit kenyataan dengan menyatakan mereka sebagai penyebab utama bantuan dihulurkan BN setiap kali kerajaan memberi sumbangan kepada rakyat.

Pada masa sama, beliau berkata, pembangkang terus-terusan menyalahkan BN kerana menggunakan sejumlah dana besar untuk membawa pembangunan kepada rakyat.

"Memang semua projek di seluruh negara BN laksanakan kerana mereka minta, atas permintaan pembangkang, semua projek BN lakukan. Macam BN tiada perancangan agaknya.

"Mudah sungguh kempen mereka, tidak perlukan modal langsung," " katanya, sinis.

PAS hari ini mempertikai perbuatan BN memberi bantuan ad hoc dalam kempen PRK Kuala Besut yang kini dianggar hampir setengah bilion ringgit.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli mempersoal sumber dana  yang tidak melalui peruntukan belanjawan yang dibuat kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.

BN setakat ini mengumumkan 10 projek dan bantuan untuk penduduk Kuala Besut yang dianggar bernilai RM387,490,750.

Antara projek terbaru ialah projek RM250 juta pedalaman Kuala Sungai Besut dan pemasangan benteng pemecah ombak yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PAS mendakwa semua projek yang diumumkan kerajaan BN itu hasil perjuangan dan kempen yang mendedahkan kepincangan tadbir urus kerajaan.

"Hasil kempen PAS dan Pakatan Rakyat mendedahkan kepincangan tadbir urus dan ketempangan pembangunan yang tidak seimbang, maka rakyat Kuala Besut menerima habuan ini," kata Hatta. 21 Julai, 2013.

The Malaysia Insider.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.