Followers

Tuesday, April 30, 2013

PEMBOHONGAN ! - Disebalik 1,200 Ahli PKRPermatang Pauh keluar PKR.. (Video Inside)

 

Ahad lalu kebanyakkan media yang dikawal oleh Barisan Nasional mengenai 1,200 Ahli PKR telah keluar PKR semalam dimana Utusan telah melaporkan "PKR Permatang Pauh goyang" manakalan Berita Harian pula telah melaporkan dengan tajuk "1,200 ahli PKR isytihar keluar parti, sokong BN".

Manakala laporan dari blog-blog Pro UMNO pula mendakwa 'Program Keluar Parti' tersebut adalah anjuran N. Ponnusamy yang mendakwa dirinya adalah "Pembantu Khas Anwar Ibrahim bagi Kaum India". 

Dalam program tersebut 1,200 borang ikrar keluar parti telah diserahkan kepada calon Barisan Nasional Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail.. 

Menurut jurucakap mereka yang juga bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, S. Jenapala tindakan untuk keluar dari PKR itu diambil setelah merasakan kononnya parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu PKR gagal membela nasib mereka selama ini.

Selain itu menurut Jenapala, meskipun pernah merayu meminta pemimpin PKR membantu, luahan mereka dipandang sepi termasuk oleh Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman.

Benarkah apa yang didakwa oleh Jenapala itu?.. dan adakah benar kesemua yang hadir dalam program anjuran Barisan Nasional itu mahu keluar PKR?.. jika tidak kenapa mereka hadir ke program anjuran Barisan Nasional itu..

Video di bawah memberikan jawapannya..Saksikan dan dengarlah apa kisah sebenarnya yang telah berlaku dalam perkara ini.. Diakhir video Saudara Gobind menterjemahkannya ke dalam Bahasa Malaysia..


 

Untuk meraih undi dan mengejar populariti apa saja sanggup dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO hatta menganiaya orang kurang upaya sekalipun..

Ini sebahagian dari kenyataan media PKR Permatang Pauh

Apa yang perlu ditegaskan disini ialah hanya seorang sahaja Pembantu Khas yang Datuk Seri Anwar Ibrahim ada, beliau adalah Saudara Zainol Abidin Bin Saad bukannya N Ponnusamy.

Jawatan bagi Pembantu Khas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi Kaum India itu adalah satu jawatan yang tidak rasmi dan ianya adalah jawatan yang dilantik oleh Ponnusamy untuk dirinya sendiri.

Dan jawatan ini langsung tidak wujud dalam Carta Organisasi PKR, baik Permatang Pauh mahupun PKR Pusat oleh itu ianya bukanlah satu jawatan yang sah. Selain itu..

Ini adalah kali ketiga Ponnusamy mengistiharkan dirinya keluar PKR, kali yang pertamanya ialah ketika Pilihanraya Kecil Permatang Pauh sedang berlangsung. 


Beliau dan beberapa orang kawan-kawannya telah mengumumkan keluar dari PKR kerana kecewa dan hilang kepercayaan terhadap pimpinan Anwar Ibrahim kononnya...

Kali kedua, beberapa bula yang lalu.. kali ini beliau telah mengumumkan beliau berserta 200 orang Ahli PKR Permatang Pauh keluar PKR dan menyertai DAP kerana kecewa dengan sikap Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang ketika itu Datuk Mansor Othman..

Menurutnya beliau kecewa kerana Datuk Mansor langsung tidak memperdulikan akan nasib masyarakat India kononnya, oleh itu beliau mengumumkan keluar PKR..

Kali yang ketiga ialah semalam iaitu 28 April 2013 sempena PRU13 pula.. Manakala tuduhannya yang mengatakan bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman tidak pernah mengambil peduli tentang nasib masyarakat India di Pulau Pinang ini adalah satu fitnah yang benar-benar berniat jahat, kerana telah terbukti berbagai program telah dilaksanakan dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu masyarakat India setempat.

Selepas Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran dari Kerajaan Negeri yang ditadbir oleh UMNO/BN, kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM1.75Juta setahun bagi membantu Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil sendiri.

Perkara ini tidak pernah diberikan perhatian oleh pihak UMNO/Barisan Nasional ketika mereka memerintah Pulau Pinang dahulu. Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang juga telah mengurniakan tanah kepada sekolah-sekolah dan kuil-kuil serta menyediakan sekurang-kurangnya RM1 juta setahun kepada Lembaga Wakaf Hindu (Hindu Endowment Board).

PKR juga telah membawa satu masaalah yang cukup besar melibatkan kaum India yang dipandang sepi malah boleh dikatakan tidak dipedulikan langsung oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini iaitu golongan masyarakat India yang dilahirkan di negara ini tetapi tidak punya sebarang dokumen untuk membuktikan diri mereka adalah warganegara iaitu 'Stateless Indian' ke peringkat Parlimen memohon ianya diselesaikan. 

Malah perancangan seterusnya yang sedang dalam rangka perancangan ialah menyelesaikan semua masaalah yang melibatkan kaum India di ladang-ladang dalam seluruh negeri Pulau Pinang.

Persoalannya disini ialah bagaimana dengan begitu banyak perlaksanaan untuk kebajikan kaum India itu, N. Ponnusamy melalui S. Jenapala yang bertindak sebagai jurucakapnya masih boleh menafikannya?

Apakah kerana semua itu tidak memberikan faedah atau menguntungkan dirinya secara peribadi maka beliau mempertikaikannya?

Disini dalam sidang media ini kami mencabar N. Ponnusamy supaya mendedahkan seluruh senarai nama 1,200 orang Ahli PKR Permatang Pauh yang didakwanya sebagai keluar PKR..

Kerana dalam senarai keahlian PKR Permatang Pauh menunjukkan hanya terdapat 440 orang Ahli PKR yang berbangsa India. 



Anak Sungai Derhaka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.