Followers

Saturday, March 16, 2013

Shahnaz fail semakan pada arahan bicara semula - Hafiz Yatim

 
     
 
Shahnaz A Majid, bekas isteri kepada anak ketua menteri Sarawak Mahmud Abu Bekir Taib, memfailkan permohonan bagi menyemak semula arahan Mahkamah Rayuan Syariah supaya kes tuntuan mutaah RM100 juta pasangan itu dibicarakan semula.

SNONEhahnaz membangkitkan persoalan ketidakadilan prosedur kerana beliau dan peguamnya tidak dimaklumkan berhubung perkara itu.

Shahnaz, 49, dalam permohonannya mahu pendengaran dilakukan secara inter-parte, keadaan di mana kedua-dua pihak dibenarkan hadir di hadapan Mahkamah Rayuan Syariah.

Suri rumah itu juga memohon arahan baru daripada Mahkamah Rayuan Syariah bagi menggantikan arahan lama atau menggantung arahan lama yang berarikh 14 November tahun lepas.


Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.