Anggota keselamatan itu tiba di pejabat lidah rasmi PKR itu kira-kira jam 10.15 pagi dan memaklumkan bahawa mereka mempunyai waran geledah kepada kakitangan akhbar itu.
Bagaimanapun, kakitangan Suara Keadilan memberitahu Malaysiakini bahawa polis diminta untuk berurusan dengan peguam Latheefa Koya.
"Polis ada menghubungi dengan peguam. Kemudiannya mereka beredar daripada pejabat Suara Keadilan," kata kakitangan itu.
Pihak polis tidak mengambil apa-apa daripada pejabat tersebut selepas berada kira-kira 20 minit di situ, tambah kakitangan itu lagi.
Semalam Tian yang juga ahli parlimen Batu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi tuduhan mengikut akta hasutan yang didakwa mengaitkan Umno dengan krisis di Lahad Datu, Sabah.
Sedikit kelam kabut
Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 atas kenyataan yang didakwa disebutnya pada 11 pagi, 1 Mac lalu.
Tuduhan menghasut yang dihadapi Chua itu berhubung empat kenyataan yang didakwa dituturkan MP itu, antaranya serangan tembak-menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.
Sementara itu, Editor Suara Keadilan Fazallah Pit berkata pihaknya telah menyerahkan nota catatan wartawan Aisha Geoffrey mengenai temubual dengan Tian Chua berkaitan Lahad Datu.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Fazallah berkata beliau dan Aisha hadir bersama dengan peguam Eric Paulsen di Balai Polis Pudu, kira-kira jam 1 petang tadi untuk menyerahkan nota itu sebelum beredar kira-kira 15 minit kemudian.
Eric turut memohon salinan waran geledah tersebut tetapi polis enggan berbuat demikian.
"Sepatutnya mereka boleh ambil sewaktu hadir di pejabat. Tak perlu nak geledah," kata Fazallah sambil menambah hal demikian menyebabkan sedikit kelam kabut kerana Aisha tidak bertugas hari ini.
Menceritakan kehadiran polis di pejabat itu pagi tadi, Fazallah berkata selepas bantahan menggeledah oleh Latheefa, mereka menjelas tidak berhasrat untuk berbuat demikian, tetapi hanya mahu mendapatkan nota catatan itu.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.