Followers

Friday, December 14, 2012

Kerajaan PR Selangor Perihatin Terhadap Ibu Tunggal. oleh PBO™






 Di negeri Selangor, pendaftaran wanita berstatus ibu tunggal dan sebangsa dengannya sehingga 27/11/2012 menurut portal ibu tunggal, http://e-bu.selangor.gov.my: berjumlah 24009, Melayu 75.01 peratus, India 6.5 peratus, Cina 3.3 peratus, Orang Asal 0.01 peratus, lain-lain 0.41 peratus dan tiada dapat dipastikan sebanyak 14.71%

Untuk yang telah mendaftar, Kerajaan Negeri Selangor telah mengendalikan dan menawarkan skim-skim dan kemudahan kepada ibu tunggal yang tidak pernah ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan BN.




Berikut adalah di antara program dan bantuan untuk membaiki taraf kehidupan ibu tunggal:-

-Program-Program Pemberdayaan Wanita Selangor menerusi Pusat Wanita Berdaya (PWB).
-Skim Mikrokredit Luar Bandar (SkimSel).
-Skim Mikrokredit Bandar (MIMBAR).
-Skim Mikrokredit Wanita Ladang (WALA).
-Program-Program Pemberdayaan Ibu Tunggal SOHO Selangor (PET-SOHO-S). Skim wanita kerja dari rumah
-Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKembar).
-Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS).
-Lembaga Zakat Selangor, iaitu sebuah institusi Kerajaan Negeri yang amat prihatin kepada ibu tunggal yang memerlukan bantuan.
-Jabatan kebajikan Masyarakat Selangor
-Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat juga telah memberi bantuan kepada merka yang layak sebagai tambahan kepada bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada rakyat Negeri Selangor kerana kenaikan paras kemiskinan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri, iaitu RM1500. Ia dinamakan Bantuan Am, maksimum RM250.
-Laman Dapur. Program pertanian di halaman rumah.

Skim-skim yang ditawarkan (sila rujuk: http://mes.selangor.gov.my/index.php) adalah berkonsepkan mentor-mentee. Seramai 19454 ibu tunggal telah mendapat skim dan kemudahan yang ditawarkan.

Senarai yang dikemukakan dalam Manifesto Barisan Alternatif dalam pilihan raya Mac 2008 lalu, menitikberatkan bantuan diberi kepada ibu tunggal yang layak. Kelayakan tersebut memberi peluang ibu tunggal mendapat skim atau kemudahan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor seperti yang tersebut di atas.

Kelayakan asas ialah kepada wanita yang telah kematian suami atau bercerai dan berpendapatan seisi rumah RM1500 ke bawah. Mereka hanya perlu mendaftar untuk tujuan memohon skim dan kemudahan yang ada.

Kesemua skim dan kemudahan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sama sekali tidak pernah disebut oleh Kerajaan Persekutuan BN atau Kerajaan Selangor BN terdahulu dalam melaksanakan program-programnya.

Ketika mengambil alih pentadbiran Negeri Selangor, hampir tiada atau amat sedikit data yang ditinggallkan mengenai ibu tunggal dan sehingga kini tiada hubungan langsung dengan Jabatan Pembangunan Wanita Selangor yang sewajarnya menjadi jentera sepenuhnya Kerajaan Negeri Selangor.

Kedua perkara tersebut telah diutarakan dalam pertemuan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail dengan wakil-wakil ibu tunggal Persatuan Ibu Tunggal Selangor pada 28 November lalu di Pejabat beliau.

Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat sentiasa bersedia mendengar keluhan mana-mana ibu tunggal yang layak diberi bantuan tetapi belum menerimanya atas apa jua sebab. Adalah dipohon semua yang berkaitan untuk tampil kehadapan seberapa segera kerana Kerajaan Negeri Selangor sangat prihatin tentang kebajikan rakyat.

Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar Tan Sri Datuk Seri Khalid Ibrahim bersifat terbuka terhadap kritikan dan bersedia mendengar idea yang bernas dan konstruktif kerana Kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab.

Berkaitan saman terhadap Kerajaan Selangor oleh pihak yang berkenaan, segalanya akan dijawab di dalam mahkamah. Penegasan lengkap dan menyeluruh akan dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor sebaik ketetapan mahkamah diperolehi.

Adalah diingatkan kepada Puan Murtini Kasman dan semua pihak yang terlibat dalam kes saman tersebut supaya memberhentikan sebarang kenyataan dalam semua media cetak, elektronik dan media sosial kerana kes ini telah mereka bawa ke mahkamah. Kenyataan bersifat subjudis adalah wajar dikenakan tindakan undang-undang.

YB Rodziah Ismail
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi Inovasi dan Kebudayaan Selangor

SHAH ALAM, 14 DIS : Seramai 19,454 ibu tunggal di Selangor telah mendapat manfaat dan kemudahan daripada berbagai skim yang dimulakan Kerajaan Selangor antaranya bantuan kewangan dan program keusahawanan.
Mereka adala daripada 24,009 ibu tunggal yang disahkan layak menerima skim-skim tersebut, berdasarkan statistik yang dikeluarkan portal rasmi ibu tunggal, e-bu.selangor.gov.my sehingga November.

Daripada 24,009, sebanyak 75.01 peratus didominasi kaum Melayu, diikuti India seramai 6.5 peratus, Cina 3.3 peratus, Orang Asal 0.01 peratus, dan kaum lain 15.12 peratus.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknnologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, Kerajaan Negeri komited dalam mengendalikan serta menawarkan pelbagai skim serta kemudahan kepada ibu tunggal yang tidak pernah diberikan Kerajaan Umno-BN sebelum ini.

Beliau berkata, skim itu antaranya ialah Skim Mikrokredit Luar Bandar (SkimSel), Skim Mikrokredit Bandar (MiMBAR), Skim Mikrokredit Wanita Ladang (Wala), Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKembar) dan Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas).

“Selain itu, ia turut merangkumi program Pemberdayaan Wanita Selangor menerusi Pusat Wanita Berdaya (PWB), program Pemberdayaan Ibu Tunggal SOHO Selangor (PET-SOHO-S), Skim wanita kerja dari rumah, Bantuan Am sebanyak RM250, Laman Dapur, Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor dan Lembaga Zakat Selangor.

“Skim-skim yang ditawarkan adalah berkonsepkan mentor-mentee di mana seramai 19,454 ibu tunggal telah mendapat skim dan kemudahan yang ditawarkan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, kesemua skim yang ditawarkan memberi peluang kepada ibu tunggal berpendapatan kurang RM1,500 mendapat kemudahan dengan hanya mendaftar.

Dalam pada itu, Rodzuah turut menyarankan mana-mana ibu tunggal yang layak tetapi belum menerima bantuan untuk merujuk kepada Kerajaan Negeri.

“Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersifat terbuka terhadap kritikan dan bersedia mendengar idea yang bernas dan konstruktif kerana Kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab.

“Berkaitan saman terhadap Kerajaan Selangor oleh pihak yang berkenaan, segalanya akan dijawab di dalam mahkamah. Penegasan lengkap dan menyeluruh akan dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor sebaik ketetapan mahkamah diperolehi,” katanya lagi.
 
p/s: Kelayakan asas ialah kepada wanita yang telah kematian suami atau bercerai dan berpendapatan seisi rumah RM1500 ke bawah. Mereka hanya perlu mendaftar untuk tujuan memohon skim dan kemudahan yang ada.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.