Selesai
saja majlis pernikahan pada hari Jumaat yang mulia ini, pengantin
perempuan terus salam tangan suaminya lama-lama.
Kemudian dia mengesat
air mata yang sedikit keluar itu.
Sekali pandang, nampak perempuan ini
macam tak menyempat-nyempat pulak. Kenapa ini berlaku ? Ada cerita di
sebaliknya.
"Pengantin lelaki bila tarikh cerai?". Tanya jurunikah sebelum menikahkan.
Dia beritahu tarikhnya yang dah lebih 2 tahun iaitu tahun 2010 bercerai.
"Pengantin perempuan pula, bila tarikh cerai? " Tanya jurunikah pada perempuan pula.
"Maaf tuan, sebenarnya dia bekas isteri saya yang bercerai dan nak nikah semula". Kata pengantin lelaki.
Dulu Bercerai 2 Tahun
Kisah
sebenarnya, lelaki ini bekerja di sebuah kilang, umur 30-an. Perempuan
kerja jurujual 30-an. Hasil perkahwinan mereka, dikurniakan 4 orang anak
yang sekarang semuanya masih kecil dan bersekolah.
Punca
mereka bercerai adalah permintaan isterinya.
Oleh kerana tidak tahan
dengan permintaan isterinya dan mengakui kekurangan yang ada pada
dirinya, lelaki mengambil keputusan menceraikan isterinya di mahkamah
syariah.
Pada lelaki, bukanlah hendak diungkit kisah silam 2 tahun dulu,
tapi katanya punca cerai adalah kerana kehadiran lelaki lain dalam hati
isterinya.
Bagaimanapun,
selepas 2 tahun, mereka bernikah semula berwalikan ayah perempuan.
Anak-anak turut hadir dalam majlis pernikahan ini.
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.