Followers

Saturday, December 22, 2012

GEMPAR DAN MENAKJUBKAN: AWAL-AWAL LAGI CALON BN SUDAH TUMPO! KAHKAHKAH!



RATU PLASTIK


Entah apa dimakan semalam, tetiba bangun pagi terus nak buat kejutan! Eh, bukan Yong nak buat kejutan yer. 
Yong rakyat marhein yang setiap hari memang terkejut dengan berita-berita tentang negara Malaysia yang kununnya memiliki komitmen yang tinggi bab-bab menangani rasuah, lepas tu jadi negara paling rasuah. Alahai!!!

Hujung minggu ni ingat nak rilek sebab sepanjang minggu amat sibuk. Tapi nampaknya kena jugak berceloteh di sini. Hahaha!. Komer baca berita yang menggemparkan dan menakjubkan ini:


DAH MENGIGAU SPRM NIH?


Yong petik sebahagian berita sensasi itu:

Langkah pastikan wakil semua parti bersih rasuah

Kuala Lumpur: Kerajaan dicadang mewajibkan parti politik mengemukakan senarai calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) untuk proses tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Datuk Johan Jaaffar, berkata ia antara yang dirangka oleh pihaknya untuk dicadangkan berkuat kuasa menjelang PRU-13 tidak lama lagi.

“Cadangan ini membabitkan semua parti politik dan individu yang akan bertanding sebagai calon Bebas, termasuk Ahli Parlimen atau ADUN yang bakal dicalonkan semula atau yang pertama kali bertanding.
Calon bersih

“Ini bagi memastikan calon yang bakal bertanding ‘bersih’ daripada rasuah, selain mengelakkan tohmahan tidak berasas ke atas individu yang akan bertanding atau partinya,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat panel berkenaan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), semalam.

Bagi orang biasa, tentu kita harapkan calon PRU 13 itu bersih dari skandal rasuah dan punya akhlak yang terpuji kan? Tapi, cuba komer baca siapa pulak bagi respon ni:


SHAFIE APDAL CALON PRU13 PALING BERSIH?


Shafie Apdal tu orang biasa kah? Ahha... tentu bukan. kan? kan? Jadi, apa yang tersirat dalam kenyataan sokongannya terhadap cadangan SPRM nih? Tolong story sikit?
Adakah Shafie Apdal ni orang Mahyuddin yang akan dicantas oleh Najib? Sebab tu cerita dia tetiba jadi hot! Jadi dia bersandiwara menyokong cadangan SPRM untuk menunjukkan kejantanan "aku berani, engkau berani disiasat SPRM?" supaya "aku tak dapat, orang lain pun tak dapat juga."

Alahai Shafie Apdal...miker nak kelentong sapa nih?

TAKNAK, KATA PR


Tapi...apesal awal-awal lagi pemimpin PR dah reject idea bernas SPRM nih? Kenapa reject? Kan bagus kalau SPRM tapis calon dengan penuh integriti! Nanti takde sorang pun calon BN akan dapat bertanding. PR akan menang tanpa bertanding semua kerusi. Kahkahkah!

Toinggg! Yong mimpi rupanya!

Semua tahu SPRM dan BN berpisah tiada! Macam isi dengan kuku.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.