Followers

Wednesday, September 19, 2012

Polis, Pendaftar Pertubuhan muncul di pejabat Suaram - Aidila Razak

 
 
Sekumpulan anggota polis dan juga pegawai dari Jabatan Pendaftar Pertubuhan tiba di pejabat NGO Suaram hari ini, dipercayai untuk menjalankan "serbuan" ke premis tersebut.

Peguam Suaram Fadiah Nadwa Fikri berkata, kakitangan Suaram bagaimanapun enggan membenarkan pihak berkuasa itu memasuki premis tersebut.

"Kakitangan diberitahu bahawa polis dan pegawai Pendaftar Pertubuhan berada di sini untuk pemeriksaan, tapi kakitangan tidak membenarkan mereka masuk sehingga pengarah dan peguam tiba.

"Saya percaya mereka berada di sini untuk serbuan," kata Fadiah ketika dihubungi.

Fadiah yang tiba di pejabat Suaram di Petaling Jaya pada tengahari berkata, pihak berkuasa masih menunggu di luar premis Suaram kerana pengarah NGO tersebut masih belum tiba.



Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.