Tidak
mungkin untuk Anwar menyewa sendiri jet berkenaan? Sudah pasti ada
individu atau tokoh korporat yang menyediakan jet itu untuk Anwar.
Siapa?
Soal
naik jet peribadi ini perkara biasa bagi Anwar. Tetapi kenapa isu ini
dibangkitkan ialah dalam situasi hari ini. Anwar sebagai ketua
pembangkang Malaysia tidak mendpat kemudahan jet peribadi untuk berulang
alik ke mana saja bagi berkempen seperti mana Najib Razak.
Najib
sebagai PM mendapat kemudahan itu dan ini menjadikan pergerakannya
cepat. Apa yang mungkin berlaku penyediaan jet kepada Anwar itu oleh
mereka yang simpati dengan perjuangan Anwar. Mereka tidak tergamak untuk
melihat Anwar naik turun AirAsia atau kapal terbang Mas yang
meletihkan.
Mereka juga pastilah orang yang menyokong dan mengharapkan Anwar akan jadi PM.
Dari
sudut lain kemurahan hati mereka yang menyediakan jet berkenaan mungkin
kerana dia sudah merasai bahawa selepas ini Anwar akan jadi PM. Dengan
perkembangan di Sabah dan Sarawak boleh meruntuhkan UBN dan kerajaan
akan datang dari Pakatan Rakyat.
Dan
memang sepatutnya juga Pakatan Rakyat menyediakan jet peribadi untuk
Anwar kerana cara itu juga sebagai membalas atas keseriusan Anwar dalam
berjuang untuk meruntuhkan BN demi rakyat. Saya rasa tidak ada masalah
kalau Pakatan Rakyat untuk menyewa jet bagi Anwar dan juga pemimpin yang
lain.
Khabarnya
kepulangan Anwar dengan jet peribadi jenis F Jet itu turut sama dinaiki
oleh pemimpin Pas. Saya hendak tanya dalam tempoh berada dalam
penerbangan itu apakah yang penumpang jet itu bincangkan atau sebaik
duduk di seat terus tidur kerana keletihan kerana itulah pertama kali
merasai terbang dengan jet peribadi?
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.