KUALA LUMPUR 8 Mac - PAS masih meletakkan keyakinan
tinggi terhadap ruang pencapaian yang bakal diberikan kepada rakyat
Malaysia jika Gabungan Pakatan Rakyat diberi peluang menawan Putrajaya.
Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli menjelaskan, ianya terbukti
dengan potensi Pakatan yang telah mentadbir urus 4 buah Negeri dengan
lebih baik selama 4 Tahun sejak 2008 yang lalu.
"Kita yakin kalau kita menang di pusat, negeri yang kita tadbir lebih berupaya sebab tidak akan berlaku lagi sekatan kepada negeri-negeri sebagaimana kerajaan Umno BN buat pada hari ini," katanya.
Beliau juga memberi jaminan bahawa PAS akan memastikan isu-isu berbangkit termasuklah berkenaan soal pembahagian Royalti Minyak dapat diadili dengan lebih telus jika mentadbir Kerajaan Pusat bersama PKR dan DAP. PAS kini dakwa beliau sedang bekerja keras mengatur strategi menjelang PRU13 yang dijangka semakin hampir.
"Untuk negeri kita sudah gerakkan aktiviti mendekati rakyat juga
dijalankan, ceramah dan lawatan dari rumah ke rumah berjalan
lancar,"katanya.
Pakatan Rakyat dibentuk pada tahun 2008 hasil ilham Ketua Pembangkang
Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan keputusan PRU12 yang memberi kemenangan
besar dan mampu membentuk 5 buah Kerajaan Negeri hasil gabungan PAS,
PKR dan DAP.
kLPOS
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.