Tindakan menyaman akhbar Utusan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebanyak RM 50 juta disifatkan sebagai tindakan yang tepat bagi mempertahankan maruahnya yang sering diperkotak-katikkan di dada akhbar terbabit, menurut Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Tuan Ibrahim turut menyatakan media milik Umno itu sering memainkan isu-isu yang bersifat fitnah dan jauh dari landasan fakta.
"Tindakan
Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyaman dilihat sebagai tindakan
peribadi beliau mempertahankan maruah dirinya yang telah dirosakkan dan
diaibkan sebegitu rupa.
"Dan
kebanyakan laporan yang disiarkan di media seperti Utusan lebih
berbentuk fitnah dan di luar batas-batas yang sepatutnya di patuhi oleh
mereka," ujar Tuan Ibrahim yang ditemubual melalui panggilan telefon.
Lantas
tindakan saman ini diharap dapat memberi pengajaran kepada seluruh
media untuk bertindak lebih profesional dan matang menyampaikan
maklumat.
Ujar
beliau, tindakan berterusan media pro-BN yang berterusan menyerang
Anwar dilihat sebagai strategi mencalar imej Ketua Pembangkang serta
mengekang kemaraan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat tempat di hati
rakyat.
"Di
samping keupayaan menyatupadukan parti-parti pembangkang di Malaysia,
Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dilihat sebagai seorang pemimpin yang
dilihat rakyat sebagai pemimpin yang mampu menerajui kerajaan pakatan.
"Itulah
yang dibimbangkan oleh kerajaan sekarang kerana walaupun dihina dan
difitnah dengan hebat, rakyat terus menzahirkan sokongan kepada Anwar.
Inilah karisma yang terdapat pada beliau," jawab Tuan Ibrahim.
Katanya
segala tohmahan dan fitnah aib yang dipalitkan kepada Anwar perlu
dihentikan dan berharap agar semua pihak dapat berpolitik secara matang.
"Diharapkan
semua pihak dapat menghentikan serangan peribadi terhadap beliau kerana
bagi saya beliau juga manusia biasa yang memerlukan ruang kehidupan
yang tenang bersama keluarganya.
"Dan
sudah sampai masanya untuk kita berpolitik secara matang. Marilah
sama-sama kita fikirkan masa hadapan negara dari sudut ekonomi, sosial
dan politiknya supaya tidak bersifat remeh-temeh yang tidak membawa
sebarang manfaat kepada negara," ujar Tuan Ibrahim.
Batu Vs Kayu
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.