Followers

Thursday, January 26, 2012

Panas! Skandal Bakal Adun Negeri Perak Yang Memalukan – Bahagian 4 Seex Arc

Senario di Negeri Perak semakin PANAS, terutamanya di kawasan Beruas. Azman Noh yang memegang jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Beruas telah melakukan ‘onar’ dan memalukan orang-orang di Negeri Perak. Apa yang berlaku ini patut di gunakan sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat sekiranya Azman Noh ini di calonkan untuk bertanding pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Sebelum ini, beliau pernah di hadapkan di mahkamah atas dakwaan rasuah. Baca petikan di mstar pada 2009 seperti di bawah :-

“Tertuduh Azman Noh, 42, yang juga merupakan seorang kontraktor didakwa secara rasuah memberi suapan RM300 kepada Davad @ Daud Parman pada 11 Oktober lepas di sebuah rumah beralamat No.10 A, Kampung Sungai Ramai, Air Tawar dekat sini kira-kira 12 tengah malam.

Azman yang juga bekas seorang pendidik didakwa melakukan perbuatan itu sebagai dorongan supaya Davad @ Daud melakukan satu perkara iaitu memilihnya bagi jawatan Naib Ketua Umno bahagian itu dan Abdul Manaf Hashim bagi jawatan Ketua Umno pada pemilihan bahagian Beruas pada 12 Okt lepas.”

Kali ini, ceritanya lebih menarik kerana ia melibatkan skandal seks yang terhebat di Negeri Perak. Menurut sumber-sumber yang sangat rapat dengan beliau, Azman dan ‘pasangan wanita nya’ telah menghabiskan banyak masa yang ‘intim’ di Singapura dan juga Haadyai, Thailand. Mereka dikhabarkan tinggal sebilik di tempat-tempat yang dilawati ini dan berkelakuan seperti ‘suami isteri’. Malah yang paling memalukan ialah apabila mereka juga berani tinggal sebilik semasa Perhimpunan Agong UMNO tidak berapa lama dahulu.

Di khabarkan, ‘skandal’ hebat mereka ini telah terbongkar seperti meletusnya gunung berapi yang sangat hebat. Di khabarkan juga ‘pasangan wanita nya’ ini sedang berperang besar dengan suaminya akibat terbongkarnya skandal ini.

Mungkin berbagai-bagai penafian boleh di lakukan oleh ’merpati dua sejoli’ ini . Adalah paling baik kalau sekiranya ‘merpati dua sejoli’ ini melakukan sumpah laknat di dalam masjid bagi membuktikan mereka tidak bersalah. Kalau mereka tidak melakukan sedemikian, bermakna mereka memang bersalah dan suami ‘pasangan wanita’ ini DAYUS sekiranya membiarkan perkara ini berlaku.

Eloklah apa yang berlaku di Beruas ini kerana Azman Noh berperangai seperti ini, manakala Dato Hamdi juga sama juga dua kali lima. Salah seorang lagi yang turut merancakkan suasana ialah seorang cikgu sekolah bernama Cikgu Azizi yang kerja sampingannya membuat perniagaan menyewa khemah untuk majlis-majlis keraian. Beliau yang sangat rapat dengan Ketua Bahagian, telah mendapat peruntukan dari MPP untuk menternak ayam dan kambing. Setahu saya, mana boleh kakitangan kerajaan berniaga? Apakah tindakan Guru Besar dan Jabatan Pendidikan Daerah berkenaan perkara ini?

Baguslah biar mereka semua berebut dan Pakatan Rakyat yang akan menguasai kawasan ini. Selamat Berjuang!!!!!
 
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.