Followers

Tuesday, January 24, 2012

TERKINI!! Musa Aman Menggelabah Anwar Ibrahim "Langgar" Sabah!




Ketua Menteri Penyamun Sabah, Musa Aman sebentar tadi nampaknya cuba menegakkan hujah dangkal ke atas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berhubung janji Pakatan Rakyat menyerahkan royalti minyak sebanyak 20 peratus sekiranya pakatan itu memenangi pilihanraya umum akan datang.

Semasa ditemubual pemberita selepas menghadiri sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri, Musa tidak dapat menyembunyikan perasaan gusarnya selepas mengetahui sambutan rakyat Sabah terhadap kehadiran Anwar begitu luar biasa sekali.


Dalam tempoh dua hari saja, Anwar berjaya menggempur lima kubu kuat Umno-APCO dan sekutuk terkuatnya Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang diketuai Joseph Kurup yang sememangnya dibenci kebanyakkan masyarakat Kadzandusun kerana gagal menunaikan janji pilihanraya walaupun sudah tiga kali menang pilihanraya.

Musa dalam reaksi lanjut menempelak Anwar kununnya ketua umum PKR itu hanya pandai berjanji saja sedangkan tidak pernah ditunaikan, padahal selama Umno-APCO merampas tampuk pemerintahan Sabah sejak 1994 dari Parti Bersatu Sabah (PBS) yang diketuai Joseph Pairin Kitingan, Musa tidak pernah sekalipun mendesak Putrajaya supaya menambah kadar royalti yang amat sedikit.


Ke mana saja Anwar Ibrahim pergi, berduyun-duyun rakyat pelbagai suku dan agama hadir tanpa rasa sedikit pun bimbang diperhatikan kerana Umno-APCO kini sudah tidak lagi dipercayai penduduk negeri ini kerana sifat tamak dan sombong mereka merampas hak rakyat.


Tambah Musa, Barisan Najis yang dikepalai Najib Altantuya kununnya berjaya menunaikan janji dengan bantuan berupa rasuah sedangkan dia tidak terfikir kesemua peruntukan yang disediakan sememangnya hak rakyat walau kerajaan komunis sekalipun memerintah!

Mana-mana kerajaan sekalipun bertanggungjawab memberikan khidmat dan bakti dan bukannya hanya datang menunjuk muka bila pilihanraya hampir tiba.


Anwar dalam komen balasnya menyatakan, Musa tidak jujur dengan rakyat apabila semua bantuan yang dihulur mesti diterjemahkan ke dalam peti undi mengundi Barisan Najis sedangkan sudah 47 tahun Sabah merdeka kemiskinan masih menjadi topik utama segenap pelusuk rakyat.

Musa kini dalam keadaan paling tenat setelah dikhabarkan seorang lagi pemimpin Umno-APCO, Shafie Apdal bakal disebut-sebut menggantikannya sebagai ketua menteri yang baru sekiranya Umno-APCO sekali lagi menang pilihanraya akan datang (nauzubillah).


Kenyataan yang dikeluarkan Musa kini tidak lebih daripada sekadar menyerlahkan kerisauannya mengenai kedudukannya sendiri yang semakin tergugat dengan pendedahan skandal oleh puak Shafie yang berusaha menguasai Pejabat Ketua Menteri tidak lama lagi.

Dan berita keluar beramai-ramai ahli Umno-APCO dan UPKO sejak semalam hingga hari ini di Tuaran, Kalabakan, Tenom dan Merotai hanya menambah garam ke dalam luka yang sudah pun bernanah!

 

JALAN PULANG

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.