BERITA
terbaru dari negeri di bawah bayu yang semakin hangat dengan kehadiran
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mengadakan pertemuan dengan
pemimpin Pakatan Rakyat diserikan lagi dengan kemasukan lebih 150 orang
bekas ahli Umno-APCO di Tuaran, Sabah.
Borang
kemasukan mereka diterima sendiri oleh Anwar di hadapan ribuan rakyat
yang berpusu-pusu untuk mendengar ceramah dan sesi soal jawab di pekan
itu yang turut dihadiri bekas calon PKR bagi Parlimen Batu Sapi, Ansari
Abdullah.
Terdahulu, Anwar yang juga Ketua Umum PKR menyatakan rasa syukur dan
berterima kasih di atas penerimaan dan sambutan hangat yang diberikan
masyarakat Sabah sekaligus membuktikan bahawa Umno-APCO kini sudah
tidak boleh mengharapkan lagi Sabah menjadi deposit tetap Barisan Najis
selain Sarawak.
Ini
kerana tegas Anwar ia adalah satu bentuk penghinaan kerana rata-rata
rakyat Sabah yang dahagakan pembelaan dan pembangunan semacam
dipinggirkan oleh Ketua Menteri Musa Aman dan Najib yang menguasai
kerajaan persekutuan.
Semenjak
Sabah merdeka dan menyertai Malaysia pada 1963, beliau tidak pernah
melihat betapa rakyat Sabah semakin lama semakin miskin sedangkan
pemimpin negeri sibuk memperkayakan keluarga dan kroni dengan
pengurniaan konsesi balak dan rasuah yang semakin tidak terkawal.
Anwar
berjanji sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah Putrajaya,
Sabah akan berkongsi nikmat kekayaan yang sepatutnya dimiliki serta
tuntutan 20 Perkara yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 akan
dilaksanakan, selain berusaha menyelesaikan masalah pendatang asing
tanpa izin yang kini mencecah lebih 500 ribu orang.
Turut
hadir di majlis penyerahan tersebut, Pengerusi PKR negeri, Ahmad
Thamrin Jaini, Christina Liew, Halik Zaman, pimpinan PKR dan Pakatan
Rakyat negeri dan Jeffrey Kitingan selaku presiden STAR yang baru
ditubuhkan.
|
Followers
Tuesday, January 24, 2012
150 ORANG KELUAR UMNO DI SABAH ??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.